Zul Ariffin Tidak Marah Dengan Isu Video Panas

Hiburan

Zul Ariffin Tidak Marah Dengan Isu Video Panas

Kontroversi video panas mirip Zul Ariffin yang tersebar pada December tahun lalu, cukup hangat diperkatakan. Kecewa dirinya terkait dengan kes sebegini, Zul akhirnya tampil memberikan penjelasan dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’.

zul ariffin video lucah

Advertisement

Meskipun kontroversi itu masih menjadi bualan ramai, Zul memberitahu dia sedikit pun tidak terkesan dengan isu berkenaan.

Dia tidak marah walaupun ini bukan kali pertama menjadi mangsa di internet. Apa yang berlaku tidak memberikan impak kepada dirinya kerana dia hanya seorang pelakon, bukan selebriti.

zul ariffin

Saya lebih menjaga kualiti lakonan di lokasi penggambaran. Sebagai seorang pelakon, hanya ini yang saya tahu, selebihnya adalah kehidupan peribadi. Saya tidak boleh menghentikan orang nak buat macam-macam. Hanya merisaukan saya adalah perkara memberikan impak buruk kepada kerjaya.

Saya tiada komen untuk hal berkaitan dengan video. Tiada sebab saya marah walaupun sering menjadi mangsa teknologi. Mereka boleh melakukan apa saja yang dimahukan. Untuk saya, ia tidak memberi kesan. Saya masih lagi bekerja seperti biasa.

zul ariffin

Terdahulu, netizen dikejutkan dengan penyebaran video panas seorang lelaki bertubuh sasa mirip Zul. Menerusi video berdurasi 45 saat itu, individu berkenaan  dilihat dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya. Pelbagai spekulasi dan persoalan timbul apabila Zul bertindak menutup akaun Instagramnya. Ia seakan menguatkan lagi dakwaan mengaitkan pelakon bertubuh sasa itu dengan rakaman lucah yang tersebar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...