January 18th, 2012

Zul Ariffin, bekas teman lelaki Abby Abadi secara jujur menyatakan pada Media Hiburan yang dia tidak mengingati Abby Abadi ketika ditemui di set penggambaran filem Penanggal. Malah, Zul menyatakan dia dan Abby tidak lagi berhubung.

zul

Jujur saya katakan, sekarang memang saya tidak fikir langsung berkenaan kisah yang terjadi dan juga tentang dia iaitu Abby.

Sepanjang saya menjalani penggambaran filem ini saya lebih fokus dan melupakan semuanya.

Malahan, Zul juga menafikan dia dikenali kerana Abby Abadi:

Kalau mahu kata saya kacang lupakan kulit tidak juga. Saya masih tidak popular seperti yang diperkatakan. Saya masih perlu bekerja keras untuk mencapai apa yang saya inginkan.

Tidak dinafikan dia banyak membantu dari segi nasihat dan bimbingan. Selebihnya, saya berusaha sendiri. Dan bukan kerana dia saya dapat kerja atau tawaran berlakon.

Lain macam saja bunyinya. Sesekali berjumpa Abby untuk sesi ‘ngeteh’ pun apa salahnya. Orang kata, “kalau berakhir, akhiri dengan indah”. Kan? Kredit gambar, Twitter Zul Ariffin.

***


103 responses to “Zul Ariffin Tidak Ingat Abby Abadi”

  1. Outstanding post, I think people should larn a lot from this website its very user pleasant. So much great information on here :D.

Loading...