Kekacakan dan sifatnya yang dikatakan “sweet” bukan sahaja dirasai oleh peminat Zul Ariffin, malah Fathia Latiff yang bergandingan dengannya menerusi drama Menanti Februari juga akui, aura Zul memberikan kesan terhadap dirinya sehingga beliau kadang-kadang merasa gementar saat ingin berlakon dengan Zul.
Pertama kali bergandingan dengan Zul memberikan Fathia pengalaman yang berbeza dan cukup mencabar meskipun pada awal mereka berdua sukar untuk membina keserasian dalam menghidupkan watak sebagai suami isteri.
Saya dan Zul, kami mempunyai cara lakonan yang berbeza jadi sebab itu pada awalnya kami mengambil masa untuk membina keserasian. Apa yang saya buat, saya bayangkan yang Zul seolah-olah benar-benar suami saya.
Bagi saya, bergandingan dengan Zul dia sangat profesional dan mencabar kerana dia banyak memberikan elemen kejutan dalam lakonannya terutama babak romantik. Kadang-kadang tu dia sweet sangat sampai buat saya rasa gementar dan jadi agak malu-malu.
Kami rasa bukan Fathia seorang yang merasakan kehangatan dengan perwatakan Zul yang romantis dan manis itu. Sememangnya, Zul mempunyai auranya tersendiri.