Written by serenity | November 2nd, 2017

Baru-baru ini, pelakon Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson terbabit dalam pertelingkahan apabila Emma Maembong, teman wanita Kamal Adli mendakwa Kamal dan Zahirah keluar bersama tanpa pengetahuannya. Kisah pertelingkahan ini menjadi semakin serius apabila ada pihak yang mendedahkan salinan perbualan kepada umum menyebabkan masing-masing dikecam Netizen.

Ada yang tertanya apa pandangan Zul Ariffin mengenai isu ini yang membabitkan teman wanitanya iaitu Zahirah. Tetapi orang ramai harus melupakan hasrat itu kerana Zul menegaskan tidak akan memberi ulasan mengenai kisah peribadi.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Kepada BH Online, Zul memberitahu dalam satu temubual yang dia tidak akan mengongsi kisah peribadinya kepada umum:

Kita ada kehidupan peribadi. Dan juga ada bahagian di mana kita perlu bekerja. Jadi, saya tak mahu kisah peribadi saya menyumbang kepada kerjaya saya, secara positif mahupun negatif.

Kerana kehidupan peribadi, ialah kehidupan peribadi. Kisah-kisah cinta tidak perlu untuk menyumbang ke arah kerja, kerana kisah cinta perlu ada garis (pemisah) untuk memudahkan kita bekerja. (Pekerjaan) tidak melibatkan kehidupan peribadi kita, sama ada kita teman lelaki, teman wanita, suami ataupun isteri.

Kita kena letakkan garis pemisah kerana tidak mahu ia memberi impak kepada orang sekeliling kita, kepada keluarga atau orang yang kita sayang. Kena jadi profesional tentangnya. Bahaya, kerana kita tak tahu (impaknya). Terutamanya bila melibatkan media sosial, kerana orang boleh akses dengan senang.

Sebelum ini, Zul pernah  menolak untuk bercerita sewaktu ditanya mengenai perancangan perkahwinan dengan pelakon drama Duda Pujaan Dara itu. Dan waktu ini terdapat desas-desus bahawa hubungan Zul dan Zahirah tidak begitu baik kerana ada yang mendakwa mereka berdua sudah berhenti mengikuti antara satu sama lain di laman sosial.

Temubual tersebut boleh ditonton di bawah:

Saat ini nama Zul diperkatakan kerana drama lakonannya dangan Farah Nabilah iaitu Titian Cinta mendapat 11 juta penonton dan filem lakonannya Tombiruo juga mendapat sambutan hangat di pawagam.

Pendek kata, jika soal cinta dia dengan sesiapa, ada takkan tahu apa-apa dari Zul. Mungkin dia belajar dari kesilapan silam atau punya sebab tersendiri, yang nyata Zul hanya ingin peminat fokus soal kerja sahajanya.- beautifulnara.com

36 responses to Zul Ariffin Takkan Cerita Soal Peribadi Kepada Umum, Enggan Komen Zahirah Macwilson

  1. Anonymous says:

    muka zul bekerut-kerut….tua sebelum waktu.

    8

    1
  2. hihihik says:

    poyo ahh mamat ni. kt luar budget bagus. puihhh…baik layan fattah amin.

    3

    9
    • milah says:

      daripada layan kau, dengki busuk hati

      2

      2
      • milah gigi jongang says:

        ko ni lah yg busuk hati, mana ada komen, bangkang je kerja nyakan, buatlah komen sendiri, asik kata org dgn perkataan kasar je, ko ni mmg kurang ajaran.Dlm ni nk sembang, sembang tau, bkn nk kata org guna ayat kasar dn x ada bahasa..faham ke, ha ini bahasa melayu aku tulis.

        1

        0
    • Fattah amin lg teruk dr zul, sikit2 nak cinta lokasi, gabung nama la..pastu nak berlakon kena bersyarat tak boleh kena cahaya matahari la..lakonan kayu, tak tau kenapa org minat dia. Cuba tengok zul aripin, sanggup berlapar masa shooting tuk dptkan badan tombiruo yg kurus, berusaha bwh matahari terik smpai itam, siap wat stunt sendiri lg. Bg aku zul adalah profesional.

      19

      0
  3. wekkkkkkk says:

    Wang & cinta saling memerlukan mcm garam dn gula. Tak kn nk fokus kerja je. Tapi mmg sesuailah Zul ni “peyenyap” dn Zahirah “kepohcik”.
    adakah abjad Z Z ni serasi bersama smpai akhirnya.

    2

    0
  4. Anonymous says:

    wartawan malaysia batu api habes semua ko nk diheret. motif???

    10

    0
  5. Anonymous says:

    i guess zul ni pilih tate cari wanita cantik je padan muka lah zahirah dating dgn kamal
    da bagus da dengan adya jebat tup…tup pilih zahirah zul jangan cari muka cantik tapi budi semua kelaut.

    0

    3
  6. wekkkkkkk says:

    salman khan yg tersenarai kacak dlm dunia ni pun berkongsi kisah peribadi, lagi berpuluh2 pasangan, biasa je dia x sombongpun dgn wartawan. Mcm tulah kalau nk TERLEBIH POPULAR. Retis M’sia ni hanya di M’sia jelah org tau.

    2

    6
    • milah says:

      ko mmg bodo

      0

      1
    • Salman khan mmg x cover pun private life dia, siap mengaku separuh hindu, separuh muslim, tunggang arak, pakai salib, couple sana sini xkawen2.. Apa masalahnya kalau zul ariffin nak privatekan personal life dia? Kau nak tgk dia bercinta ke atau nak tengok hasil kerja dia? #respekzul

      12

      1
      • wekkkkkkk says:

        dua-dua kena seiring, baru jadi terlebih top. Brkawan2 jelah dgn sesiapa, tpi jgn melanggar hukum Allah dh la mcm kafir buat, kalau x ada jodoh, percayalah pada Qada & Qadar. Buat hape nk sembunyi bercinta, bila bercinta x sembunyi maka org lain x kan cuba mengoda pasangan tu, itupun brgantung pada iman, kuat ke x. Kalau sembunyi bercinta, maka x yakinlah dn x respeklh sama pasangan. Waktu kerja, kerjalah, kalau waktu rehat, rehatlah.

        2

        3
    • Anonymous says:

      Yg ko sibuk nak tau sgt citer peribadi org ni kenapa?
      Dah xde life sgt ke?

      1

      0
  7. OwlME says:

    Bagus Zul Ariffin.. jgn terlalu expose hal peribadi.. nanti byk kecaman dari netizen2 ni.. org bukan nak dengar yg baik.. semua nak yg negatif.. Better Silent Then BULLSHIT!! Ur the MAN!!

    12

    0
  8. Anonymous says:

    POYO…

    0

    0
  9. ek eleyyyy says:

    Sama masa kes kantoi pegang tangan, kes hampir diculik, kes becinta, poyo dua2… matikan air…

    3

    0
  10. kepo says:

    zul mesti lah malu, gf dia yg muda keluar dgn lelaki lain belakang dia. Kamal kan ade keluar statement bagitau 3 kali kot kena jumpa Zul explain keadaan sebenar, Zahirah call Kamal nangis mintak tolong clear name dia kat Zul kalau tak Zul nak tinggal dia… tapi Zahirah masa bagi statement ckp dia dgn zul ok je, zul percaye dia..kalau percaye kenape kenape sampai 3 kali kena explain eh??

    11

    1
  11. Anonymous says:

    Ala biasalh org dh ada nama..cer duly masa mula2

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Rasa nak tgok balik rindu awak 200% tiberrrrrr

    1

    1
  13. Anonymous says:

    at least dia bertindak matang drpd zahirah / emma / kamal.

    9

    0
  14. Anonymous says:

    Zul lagi baik dr.fattah,heret pajura mana pergi,macam laki Bini,terjerit2 panggil ayah dan ibu fattah Masa preview wanita terindah,jura Pula da Tak tahan itu,biasa ladies clubbing,kuat minum

    3

    0
  15. Jam says:

    Zul lagi baik dr.fattah,heret pajura mana pegi,malu,terjerit2 panggil ayah Dan ibu fattah msa preview wt,first time ayah Dan ibu Artis support macam tu.u much better zul,Ada batasnya,jura dah tak tahan mana GI ikut

    1

    1
  16. Anonymous says:

    minah tu geng2 sm pangai pipah… suke makan luar

    0

    0

Leave a Comment

Optional