Zul Ariffin Takkan Cerita Soal Peribadi Kepada Umum, Enggan Komen Zahirah Macwilson

Zul Ariffin Takkan Cerita Soal Peribadi Kepada Umum, Enggan Komen Zahirah Macwilson

Baru-baru ini, pelakon Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson terbabit dalam pertelingkahan apabila Emma Maembong, teman wanita Kamal Adli mendakwa Kamal dan Zahirah keluar bersama tanpa pengetahuannya. Kisah pertelingkahan ini menjadi semakin serius apabila ada pihak yang mendedahkan salinan perbualan kepada umum menyebabkan masing-masing dikecam Netizen.

Ada yang tertanya apa pandangan Zul Ariffin mengenai isu ini yang membabitkan teman wanitanya iaitu Zahirah. Tetapi orang ramai harus melupakan hasrat itu kerana Zul menegaskan tidak akan memberi ulasan mengenai kisah peribadi.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Kepada BH Online, Zul memberitahu dalam satu temubual yang dia tidak akan mengongsi kisah peribadinya kepada umum:

Kita ada kehidupan peribadi. Dan juga ada bahagian di mana kita perlu bekerja. Jadi, saya tak mahu kisah peribadi saya menyumbang kepada kerjaya saya, secara positif mahupun negatif.

Kerana kehidupan peribadi, ialah kehidupan peribadi. Kisah-kisah cinta tidak perlu untuk menyumbang ke arah kerja, kerana kisah cinta perlu ada garis (pemisah) untuk memudahkan kita bekerja. (Pekerjaan) tidak melibatkan kehidupan peribadi kita, sama ada kita teman lelaki, teman wanita, suami ataupun isteri.

Kita kena letakkan garis pemisah kerana tidak mahu ia memberi impak kepada orang sekeliling kita, kepada keluarga atau orang yang kita sayang. Kena jadi profesional tentangnya. Bahaya, kerana kita tak tahu (impaknya). Terutamanya bila melibatkan media sosial, kerana orang boleh akses dengan senang.

Sebelum ini, Zul pernah  menolak untuk bercerita sewaktu ditanya mengenai perancangan perkahwinan dengan pelakon drama Duda Pujaan Dara itu. Dan waktu ini terdapat desas-desus bahawa hubungan Zul dan Zahirah tidak begitu baik kerana ada yang mendakwa mereka berdua sudah berhenti mengikuti antara satu sama lain di laman sosial.

Temubual tersebut boleh ditonton di bawah:

Saat ini nama Zul diperkatakan kerana drama lakonannya dangan Farah Nabilah iaitu Titian Cinta mendapat 11 juta penonton dan filem lakonannya Tombiruo juga mendapat sambutan hangat di pawagam.

Pendek kata, jika soal cinta dia dengan sesiapa, ada takkan tahu apa-apa dari Zul. Mungkin dia belajar dari kesilapan silam atau punya sebab tersendiri, yang nyata Zul hanya ingin peminat fokus soal kerja sahajanya.- beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...