Zul Ariffin Nafi Sudah Merisik Zahirah Macwilson

Hiburan

Zul Ariffin Nafi Sudah Merisik Zahirah Macwilson

Tentu ada semua tahu bahawa Zul Ariffin sememangnya sedang hangat bercinta dengan pelakon Zahirah Macwilson dan hubungan mereka sudah lama juga terjalin.

Walaubagaimanapun pasangan ini jarang sekali menampilkan kemesraan mereka di media sosial dan kisah cinta mereka juga jarang diperkatakan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Zul telah terbang ke Perth, Australia untuk merisik Zahirah.

Namun, Zul menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan beliau ke Australia bersama kakaknya atas urusan perniagaan.

Biasalah, kalau berada di luar negara sudah pasti kita akan cari peluang untuk berjumpa orang Malaysia di sana. Kalau betul saya merisik, kenapa saya tidak bawa ibu saya sendiri ikut ke sana

Ditanya mengenai perkembangan terkini hubungan beliau dan Zahirah,  Zul nampaknya enggan memberikan komen lanjut dan lebih selesa untuk berbicara soal kerjayanya sahaja.

Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai kerja sahaja dan lain-lain mengenai kisah cinta, saya tidak akan kongsikan.

Pasangan selebriti ini cukup pandai menjaga hubungan mereka dan begitu tegas untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai percintaan mereka kepada umum. Apa-apa pun, kami harap Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson kekal bahagia dan siapa tahu ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...