November 11th, 2017

Baru-baru ini tersebar khabar angin bahawa pelakon pujaan ramai, Zul Ariffin, 31, kembali bercinta dengan penerbit filem yang juga bekas kekasihnya, Gayatri Su-lin Pillai. Kepada BH Online, Zul menafikan yang dia dan Gayatri kembali menjalin percintaan, sebaliknya hubungan mereka ialah sebagai pelakon dan penerbit filem yang sedang dilakonkannya.


Seorang peminat mendedahkan baru-baru ini ternampak Zul dan Gayatri keluar bersama-sama dari sebuah hotel. Ujar Zul:

Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama.

Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri

Disebabkan penggambaran filem terbarunya dekat dengan kampung halaman, Zul selesa pulang ke rumah keluarganya. Mungkin disebabkan itu peminat terlihat dia memandu keretanya, namun dia membidas peminat yang mendedahkan nombor plat pendaftaran kederaannya itu.

Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati privasi saya kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan saya.

Selain dakwaan itu tidak benar, apa yang dilakukan juga melanggar hak peribadi kerana nombor kereta saya juga sudah diketahui umum.

Untuk makluman, Zul waktu ini sedang menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah 2017 di sekitar negeri Perak.

Tinjauan penulis mendapati Instagram Zul yang mempunyai 1.8 juta pengikut sudah dinyahaktifkan. Tidak dapat dipastikan sama ada ia sesuatu yang bersifat sementara atau kekal. – beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...