Baru-baru ini, ada cerita kurang enak kami dengar mengenai aktor Zul Ariffin yag kian popular. Beberapa pihak mendakwa beliau kini sudah mula bersikap sombong dan sukar untuk memberikan kerjasama.
Namun, Zul Ariffin telah tampil dan menafikan beliau bersikap sombong dan faktor menguruskan kerjaya dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa membuatkan beliau tidak menang tangan menerima panggilan serta permintaan bagi mendapatkan khidmat beliau.
Tidak semua permintaan harus Zul Ariffin penuhi dan beliau harus bijak mengaturkan rencana yang hanya bersesuaian dengan dirinya.
Saya mendapat kiriman emel daripada banyak pihak berkaitan undangan dan ada yang mahu saya tampil di majlis dan acara mereka.
Misalnya, ada yang minta saya tampil di acara mengenai perasmian kasut tumit tinggi wanita. Itu bukan kena-mengena dengan saya, takkan saya hendak muncul dalam acara sebegitu.
Zul Ariffin banyak berdepan pelbagai kerenah peminat yang disifatkan satu pengalaman baru antaranya sehingga kini masih ada peminat yang sanggup datang dari jauh ke lokasi penggambaran untuk melihatnya berlakon.
Saya bukan rimas malah ia sikit sebanyak beri semangat pada saya buat yang terbaik. Namun, tidak perlu mereka setiap hari datang.
Peminat merupakan tulang belakang kerjaya seseorang artis itu. Cukuplah sekadar artis tersebut dapat menghargai sokongan peminat dan selalu mengingati dimana mereka ada sebelum ini walaupun populariti kini berpihak kepada mereka.
Sumber Berita: Malaysian Digest