Populariti yang dikecapi oleh Zul Ariffin merupakan satu impak yang besar dalam hidupnya. Bermula daripada bawah akhirnya kerja keras beliau kini sudah berhasil. Walaubagaimanapun, ada cerita yang tidak sedap didengar dimana Zul dikatakan mula bersikap sombong dan menolak tawaran berlakon yang diberikan untuk siaran sebuah televisyen bukan komersial.
Sikap angkuh beliau yang menolak tawaran tersebut juga telah membuatkan penerbit bagi drama tersebut merasa kecil hati. Namun, aktor yang mula popular menerusi drama Rindu Awak 200% itu menafikan sekerasnya khabar angin ini.
Khabar angin itu langsung tidak benar. Ia boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon.
Selain itu, Zul juga didakwa sudah semakin berlagak dan mengupah beberapa pengawal keselamatan untuk melindung dirinya kerana mula merasa rimas setiap kali diserbu peminat.
Bukan pengawal keselamatan, tetapi PA (pembantu peribadi). Kalau saya nak upah pengawal keselamatan, saya akan pastikan individu tersebut lebih besar daripada saya. Tetapi individu bersama saya itu kecil daripada saya. Sebenarnya tidak ada apa yang perlu diperjelaskan atau komen kerana khabar angin itu mengarut.
Ini bukan kali pertama Zul  dikatakan sudah mula bersikap sombong. Malah sebelum ini ada peminat yang merasa tidak puas hati apabila pelakon tersebut bersikap kekwat ketika diajak bergambar.