Gandingan Elizabeth Tan dan pelakon kacak Zul Ariffin dalam sebuah filem seram mengundang pelbagai gosip minggu lalu. Ada yang mengatakan mereka seakan pasangan kekasih apabila tularnya beberapa siri video mereka kelihatan sangat mesra antara satu sama lain.
Malah, reaksi Lizzy yang tersipu palu ketika bertentangan mata dengan Zul juga membuatkan beberapa pihak percaya ada “sesuatu” antara mereka. Mungkinkah bunga-bunga cinta sudah berputik?
Mengakui Zul seorang yang menyenangkan, Lizzy bagaimanapun menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
Secara peribadi, tidak dinafikan yang Zul memang seorang lelaki yang menyenangkan. Saya memang agak malu-malu berlakon bersama tapi dia banyak membantu untuk melancarkan penghayatan watak yang diberikan. Satu lagi, personalitinya yang menawan itu membuat rasa kekok dalam diri saya.
Berbicara mengenai babak mesra Zul mendukungnya yang menerima kecaman netizen, Lizzy memberitahu beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon dan terima segala komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.