“Zul Ariffin Kini Disiasat Bawah Seksyen 233 Akta KMM Berikutan Adegan ‘Panas'”- Annuar Musa

Hiburan

“Zul Ariffin Kini Disiasat Bawah Seksyen 233 Akta KMM Berikutan Adegan ‘Panas'”- Annuar Musa

Menteri Komunikasi & Multimedia, Tan Sri Annuar Bin Haji Musa ada memaklumkan bahawa pelakon Zul Ariffin sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM berikutan hantaran YouTube yang telah menyalahi undang-undang.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan Annuar Musa menerusi sebuah hantaran di Twitter miliknya, pagi tadi.

Berikutan itu, warga maya dilihat telah menyambut baik tindakan pihak kementerian bagi menangani isu tersebut selain dilihat tegas bagi membendung perkara-perkara seumpama itu.

Salam YB, sudah tiba masanya kerajaan tidak berlembut dan guna saluran undang-undang untuk mengajar mereka. Meminta maaf bukan jalan penyelesaian, kadangkala kekerasan itu penting bagi mengelak mereka mengulangi kesilapan – netizen

Terdahulu, nama pelakon Zul Ariffin menjadi tumpuan ramai apabila dia ada memuat naik sedutan drama berjudul Perempuan Itu yang memaparkan aksi tidak senonoh dan tidak sesuai untuk tontonan awam.

Setelah dikecam, pelakon filem Tombirou itu kemudiannya membuat permohonan maaf di atas perlakuannya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

Statement Zul AriffinSumber : Instagram Zul Arifin  

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.” ujarnya.

zul ariffin
3 years ago

"Lepas Ni Saya Akan Lebih Berhati-Hati" - Zul Ariffin Mohon Maaf Tayang 'Aksi' Panas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...