Selepas hampir sebulan menyahaktifkan akaun Instagram, nampaknya pelakon kacak Zul Ariffin kembali ‘bersosial’ dengan membuka semula akaun media sosialnya itu.
Zul memuat naik foto wajahnya yang disolek menggunakan teknik khas bagi watak yang dilakonkan dalam projek filem terbaharunya, Tablis Iblis beserta kapsyen, “2020 already, Hi guys.”
Terdahulu, pelbagai spekulasi dan persoalan timbul apabila Zul bertindak menutup akaun Instagramnya. Ia seakan menguatkan lagi dakwaan mengaitkan pelakon bertubuh sasa itu dengan rakaman lucah yang tersebar. Bagaimanapun, aktor itu tampil memberikan penjelasan dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’. Video berkenaan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan imejnya.