Hangat dengan gosip sedang bercinta dengan gadis Ukraine, yang berada di Phuket Thailand dan tersebarnya foto intim mereka berdua dan juga foto membuktikan mereka berada di lokasi dan masa yang sama, pelakon Zul Ariffin tampil menjawab segala spekulasi yang timbul.
Tidak mengiyakan ataupun menafikan khabar mereka mempunyai hubungan istimewa, Zul bagaimanapun mengakui mengenali gadis tersebut yang bernama Tanya Glembotska ketika sama-sama menjalani latihan seni mempertahankan diri Muay Thai.
Tak ada lah, mana ada. Saya bercutilah, saya pergi training. Tak ada apapun, saya tiada komen berhubung perkara itu. Ya, saya kenal wanita itu di sana ketika menjalani latihan bersama-sama. Saya layan dia seperti orang lain. Benda mudah, kalau saya berkata sesuatu orang akan meletakkan pelbagai tanggapan dan menghukum saya, perkara baik atau buruk tak membezakan apa-apa.
Jadi saya hanya biarkan apa yang mereka hendak fikirkan dan akan terus berdiam diri sebab kalau saya komen kiri atau kanan tak ada bezanya. Mereka tak tahu apa-apa jadi mereka akan terus membuat pelbagai tanggapan.
Mengenali Zul beliau memang seorang yang tidak gemar menjaja cerita cintanya dengan umum. Nampaknya status hubungan mereka masih belum terjawab dan Zul hanya membiarkan masa sahaja yang memberikan jawapan kepada semua persoalan yang timbul. Psst, kalau dah sampai ada ‘tattoo’ nama Zul, mestilah beliau bermakna dalam kehidupan gadis tersebut kan? Eh..