Zul Ariffin Enggan Kongsi Kisah Peribadi Kepada Umum

Hiburan

Zul Ariffin Enggan Kongsi Kisah Peribadi Kepada Umum

Walaupun nama Zul Ariffin semakin meningkat naik, tetapi kontroversi mengenai dirinya jgua semakin panas dan hangat.  Terbaru tentang dakwaan kononnya beliau sedang bercinta dengan aktres baharu Zahirah Macwilson selepas foto mereka berdua di kompleks membeli belah tersebar.

Advertisement

Sedar ia sebagai asam garam apabila menjadi selebriti beliau bagaimanapun merasa agak tidak selesa dengan perkara berkenaan.

Namun, seteruk mana pun kontroversi yang mengaitkan namanya beliau tidak pernah lari daripada pihak media untuk menjawab segala persoalan.

Peminat yang mengikuti perjalanan dan perkembangan diri saya akan faham malah tidak sesuka hati menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan saya. Hanya segelintir kecil individu yang tidak berpuas hati sering mengaitkan saya dengan pelbagai spekulasi tidak berasas

Setiap gosip yang diperkatakan, saya mempunyai jawapan. Saya tidak pernah lari dari memberi kenyataan kepada media sekiranya ada yang bertanya.

Susulan hal tersebut, Zul kini sudah bertekad untuk tidak berkongsi sebarang kisah peribadinya lagi kepada umum kerana tidak mahu nama keluarga beliau turut terkait dalam isu yang remeh temeh.

Saya harap peminat dapat membezakan antara kerjaya dengan peribadi. Saya risau isu membabitkan diri saya akan turut terpalit kepada keluarga kerana mereka tidak terbabit di dalam industri.

Bila sudah popular atau berjaya pasti akan ada pelbagai cabaran dan dugaan. Apa-apapun pengalaman sebegini mengajar anda untuk terus kuat dan berusaha ke arah lebih baik.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...