Zul Ariffin Beli Kereta Audi A5 Dengan Duit Sendiri

Hiburan

Zul Ariffin Beli Kereta Audi A5 Dengan Duit Sendiri

Bagus. Abang Nara suka apabila melihat selebriti-selebriti tanah air kita mampu membeli kereta berjenama. Kalau dulu jadi pelakon atau penyanyi sekadar hidup mati segan tak mahu, kini dah boleh hidup dengan selesa. Itu satu petanda yang baik. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Zul Ariffin kerana kini memiliki sebuah kereta Audi A5. Kerja keras, pengorbanan dan usaha bersungguh-sungguh Zul ternyata berbaloi yang amat.

zul ariffin pandu a5

Advertisement

Sebelum ini ada desas-desus yang menyatakan kekasih Zul Ariffin telah menghadiahkannya sebuah kereta Maserati. Namun ternyata ia adalah tak benar. Terang Zul menerusi MalaysianDigest:-

Saya tak minat pun Maserati. Kalau Gaya (Gayatri) nak beli, baik dia beli untuk diri dia sebab dia yang minat kereta tu. Sebenarnya Gaya yang dulu muat naik gambar kereta tu di Instagram dia. Kebetulan minggu lalu saya beli kereta baru. Kakak saya muat-naik gambar kereta saya tu di Instagramnya.

Mungkin sebab gambar yang kakak saya muatnaik tu nampak sama macam gambar yang Gaya letak di Instgram dia. Walhal saya beli Audi A5 bukan kereta yang dihebahkan-hebahkan tu dan saya beli dengan duit saya sendiri. Sebelum ini saya mempunyai sebuah myVi, sebuah trak dan superbike. Saya jual trak dan suprbike untuk beli kereta baru itu.

zul ariffin pandu a5

Zul Ariffin yang sedia macho pasti akan bertambah macho apabila memandu kereta Audi A5. Abang Nara dapat bayangkan apabila Zul turun daripada kereta. Pasti banyak mata yang menatap. Dahlah handsome, kaya pula tue. Memang pakej yang lengkap. Semoga pembelian oleh Zul Ariffin ini menjadi pembakar semangat buat rakan-rakan selebriti yang lain. Kalau kita berusaha, pasti boleh berjaya. Tahniah Zul Ariffin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...