Zul Ariffin Akui Tidak Pernah Berahsia Dengan Kekasih

Hiburan

Zul Ariffin Akui Tidak Pernah Berahsia Dengan Kekasih

Zul Ariffin sering dihimpit dengan kontroversi melibatkan percintaan dan juga bersama perempuan lain, namun jelas Zul beliau masih setia dengan kekasihnya Gayatri Su – Lin Pillai dan tidak pernah merahsiakan sebarang perkara dengan kekasihnya itu.

Advertisement

Setiap projek baik drama, filem mahupun pelantikan sebagai duta, pasti akan dimaklumkan kepada Gaya terlebih dahulu. Saya mahu bersikap telus dalam perhubungan. Kalau boleh saya tidak mahu menyembunyikan satu perkara pun.

Apabila tahu semua perkara, kalau ada cerita negatif dibangkitkan dia tahu kebenarannya. Saya malas menjelaskan hal yang tidak benar. Bukan Gaya saja, dengan keluarga pun begitu. Mereka tahu apa saya buat. Saya tidak mahu mereka terkejut jika timbul cerita kurang enak.

Walaupun sibuk dengan penggambaran ia sama sekali tidak menjejaskan hubungan cinta Zul dan Gayatri yang sudah terjalin hampir tiga tahun lamanya. Zul tetap akan mencuri sedikit waktu daripada jadualnya yang padat untuk meluangkan masa bersama dengan Gayatri.

Walaupun tidak bebas menonton wayang, keluar makan dan bersiar-siar seperti pasangan lain, kami masih ada masa bersama. Saya beruntung kerana dia memahami jadual kerja saya. Namun sebagai lelaki saya kenalah memperuntukkan masa untuk bersamanya. Dapat jumpa atau keluar sekejap pun sudah memadai.

Kejujuran, kesetiaan dan kesabaran adalah tiga kunci utama untuk memastikan setiap hubungan itu berkekalan. Luangkan masa dengan pasangan meskipun anda sibuk kerana mungkin dengan cara ini ia menunjukkan bahawa anda mementingkan hubungan yang dibina bersama insan istimewa.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...