Zul Ariffin Akui Percintaan Dengan Zahirah Macwilson Sudah Putus Sebulan Lebih

Zul Ariffin Akui Percintaan Dengan Zahirah Macwilson Sudah Putus Sebulan Lebih

Tidak banyak yang diketahui umum mengenai percintaan pelakon kacak Zul Ariffin dan jelitawan Zahirah Macwilson kerana keduanya bersikap low-profile mengenai percintaan mereka.

Kalau sebelum ini, Zahirah seolah-olah mengiyakan bahawa hubungannya dengan Zul telah berakhir, Zul Ariffin bersikap lebih jelas apabila mengakui hubungan itu telah putus. Berita Harian Online melaporkan Zul berkata:

Advertisement

Sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

Sebab itu, saya hanya memberi ‘samar bayangan’ jika ada yang bertanya.

Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali. Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri.

Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Zul juga menjelaskan apa yang terbuku di hatinya mengenai sikap Zahirah sewaktu Zul berhadapan dengan pemergian ibu tercinta, Robiah Nasir, 5 Disember lalu:

Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya.

Zul pasrah bahawa hubungan mereka kini tidak boleh dipulihkan walaupun memaafkan Zahirah atas perkara itu:

Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi.

Nampaknya tiada jodoh antara pasangan sama cantik sama padan ini. Mungkin ini keputusan yang terbaik buat mereka berdua memandangkan sudah tiada persefahaman lagi. Semoga keduanya bertemu dengan yang lebih baik di masa hadapan dan bertambah maju dalam kerjaya. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

40 Comments

  1. magiee

    April 15, 2018 at 2:43 pm

    putus ngan zahira nk lopak kot…..

  2. anon

    April 15, 2018 at 12:07 pm

    ZOOLOFAKE ON THE WAY …
    MUAKAKKAKA
    #SEMAK

  3. Lopa tggu ni

    April 15, 2018 at 9:49 am

    Zahirah tu muda lagi..kalau salah silap zulhauk boleh bimbing apa…ni dok buruk2kan pulak..nampak sangat zulhauk tu tak berapa nak matang.malu la weiii..badan dah sado..muka acah2 hensem dah..sayang.bodoh la plak.memang taste lopak la ni..hikhikhik.

  4. Ek

    April 15, 2018 at 8:55 am

    Zul taste perempuan yang tinggi lampai

    • Anonymous

      April 15, 2018 at 7:09 pm

      yg tergedik2 mintak pegang si pendek.. caner tu

  5. Union of onions

    April 15, 2018 at 8:28 am

    See ..anak anak Haslam tu buat movie so professional tak ada pun gossip gossip liar mcm Michael Ang …

    Zul …ish ish ish …..nak break off tu …dont hv to tell the world yr reason …

Loading...