Zul Ariffin Akui Bekas Kekasih Gayatri Nasihat Beliau Untuk Jauhi Gosip

Hiburan

Zul Ariffin Akui Bekas Kekasih Gayatri Nasihat Beliau Untuk Jauhi Gosip

Meskipun Zul Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai sudah lama berpisah, namun Zul mengakui bahawa bekas kekasihnya itu sehingga hari ini masih lagi baik dengan beliau

Advertisement

Malah Gayatri juga ada memberikan amaran serta nasihat untuk Zul menjaga diri selain mengelak daripada menjadi bahan gosip dan kontroversi.

Saya akui memang Gayatri ada memberikan amaran kepada saya, tetapi ia lebih kepada peringatan supaya saya menjaga diri dan cuba mengelak daripada menjadi bahan gosip.

Jelas Zul, selepas ini beliau tidak mahu terlalu mendedahkan kisah cintanya dan hanya akan menjawab soalan berkaitan percintaan beliau sekali sekala sahaja.

Bukanlah hendak kata, tetapi selepas ini saya tidak lagi bersikap terbuka jika ada yang bertanyakan kisah cinta, tetapi biarlah berpada-pada.

Siapa kata pasangan kekasih yang sudah berpisah tidak boleh menjadi kawan baik? Sebagai penerbit, kami yakin Gayatri sudah masak dengan selok belok dunia hiburan dan nasihat yang diberikan kepada Zul sangat berguna sebenarnya.

Sumber Berita : BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...