Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zul Akui Masih Sayangkan Abby Abadi

Kalau putus cinta, bukan senang nak lupakan si dia. Nampaknya itulah yang sedang berlaku kepada Zul Ariffin. Baru-baru ini di dalam Mstar, Zul Ariffin mengakui yang dia masih sayangkan Abby Abadi.  Untuk maklumn, Zul dan Abby telah pun bercinta selama 3 tahun. Maka mungkin disebabkan itu Zul masih terkenang-kenangkan Abby.

zul dan abby abadi

Advertisement

Kata Zul:-

Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya. Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya.Saya tidak pernah menyesal mengenali Abby malah dia adalah antara insan yang paling baik pernah saya temui selain daripada keluarga saya.Cuma saya sesalkan mengenai kesalahan dan kesilapan yang pernah berlaku sepanjang kami bersama

Bila Abang Nara baca ayat si Zul nie, Abang Nara dapat bayangkan betapa romantisnya mamat nie. Penggunaan ayat Zul agak jiwang-jiwang kuku . Malah Zul juga tidak menolak kemungkinan yang dia bercinta kembali dengan Abby Abadi satu hari nanti. Buat masa ini, Zul memberitahu yang dia hanya mengikuti perkembangan Abby melalui Facebook.

Pendapat Abang Nara, biasalah adat bercinta ada kesalahan dan kesilapan. Kalau tak ada benda-benda tue, tak thrilllah percintaan anda. Kadang-kadang kalau selalu sangat seseorang itu bermain di mata walaupun kita sudah clash dengan dia, mungkin si dia adalah jodoh kita. Jadi kenalah berusaha untuk dapatkan. Iye ke tak? (aceh terasa macam Dr. Love pulak)

Apa pun kepada Zul dan Abby, harap-harap jodoh anda berdua kuat sebab anda berdua nampak sama cantik sama padan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top