Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zubir Nafi Anzalna Dipaksa Beri Kenyataan Tentang Neelofa, Kenyataan Diterbitkan Dengan Persetujuan Bersama

Hari ini wartawan Berita Minggu, Zubir Mohd Yunus melalui mStar Online telah menafikan dakwaan yang dia dipaksa oleh Zubir untuk memberi kenyataan membidas Neelofa. Zubir mendakwa mempunyai bukti rakaman temu ramah bersama Anzalna berhubung krisis pelakon itu dengan aktres Neelofa dan ia tidak dilakukan secara paksaan.

Artikel tersebut diterbitkan dengan persetujuan bersama. Saya tidak memaksa Anzalna meluahkan perasaan berhubung krisisnya dengan Neelofa. Saya hanya memujuk dan dia sendiri bersetuju kenyataan itu akan diterbitkan.
Bagi saya tidak timbul isu kerana saya mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai kenyataan Anzalna dalam temu ramah kami.

Advertisement

Pihak mStar menghubungi Zubir untuk mendapatkan ulasannya tentang kenyataan Anzalna kepada blog RotiKaya yang pelakon itu tidak menyangka kenyataannya kepada Zubir akan diterbitkan kerana ia sepatutnya off-record.

Disebabkan kenyataan Anzalna yang berbaur fitnah, Neelofa telah mengeluarkan notis tuntutan bukti dalam masa tujuh hari sebelum tindakan undang-undang yang selanjutnya dikenakan. Menurut Neelofa juga, sekiranya bukti tidak dikemukakan dia tidak akan meneruskan tindakan saman sekiranya Anzalna membuat permohonan maaf secara terbuka.

Zubir turut berpendapat yang Anzalna tidak mahu bertanggungjawab terhadap artikel itu tetapi beliau tidak marah kerana percaya tindakan aktres itu ialah akibat fikiran dan emosi yang bercelaru kerana tekanan akibat insiden berkenaan.

Baca entri ini selanjutnya untuk mengikuti soal jawab mStar Online dengan Zubir berhubung kes itu.

Advertisement

Anzalna mendakwa dia melarang anda menerbitkan luahan peribadinya tetapi anda tetap menyiarkan artikel itu pada Ahad lalu. Kenapa?

 

Tidak timbul isu… saya tetap menerbitkan artikel itu kerana ia mendapat persetujuan bersama.

 

Advertisement

Saya sudah mengingatkan dia luahan mengenai Neelofa boleh menyebabkan dia didakwa sebagai fitnah namun Anzalna bertegas kononnya dia mempunyai bukti terhadap kenyataan yang dikeluarkan.

 

Sebagai wartawan, saya hanya melaporkan apa yang diluahkan Anzalna. Mengenai dakwaan saya memaksa dia untuk mendapatkan kenyataan itu adalah tidak tepat kerana saya hanya memujuk dan dia bersetuju untuk meluahkan perkara itu.

 

2) Tidakkah dakwaan yang ditimbulkan Anzalna akan menjejaskan kredibiliti dan integriti anda sebagai wartawan?

 

Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan dakwaan artis kononnya saya tidak melaporkan fakta secara beretika. Dalam apa juga kontroversi artis yang berlaku, artis memang mudah alpa dengan apa yang mereka luahkan kepada wartawan. Apabila kes menjadi kronik, mereka menyalahkan wartawan pula.

 

Advertisement

Artis seperti Anzalna masih baru dan mungkin disebabkan oleh tekanan dihadapinya dia terlepas cakap kepada blog tersebut dan menuduh saya memaksa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu.

 

Ia adalah proses pembelajaran untuk artis baru seperti Anzalna agar lebih berhati-hati dalam kenyataan yang dikeluarkan. Hakikatnya, hubungan saya dan dia tiada masalah kerana kami baru saja berhubung menerusi telefon.

 

Dakwaan itu tidak menjejaskan reputasi dan tidak menjadi kudis pun. Saya menjunjung etika kewartawanan dan sama sekali tidak melanggarnya. Semua perbualan bersama dirakamkan sebagai bukti.

 

3) Adakah anda bimbang jika kepercayaan artis terhadap anda terhakis gara-gara kes ini?

 

Tiada apa yang perlu saya bimbangkan kerana saya melaporkan cerita mengikut fakta dan bukan ditokok-tambah. Selama ini segala sumber dan kandungan cerita yang disampaikan adalah sahih dan mempunyai bukti, bukan direka-reka untuk menjadikan ia sensasi.

 

Perbalahan di antara artis adalah perkara lumrah dalam dunia hiburan. Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Semoga Anzalna dan Neelofa dapat berbincang dengan baik dan profesional di luar dan tidak perlu dibawa sampai ke mahkamah.

4) Apa komen anda mengenai ‘kemunculan’ aktor dan penerbit Hans Isaac dalam krisis itu sehingga bertindak untuk mengajak anda berdebat mengenai etika kewartawanan?

 

Saya berasa pelik dengan tindakan Hans yang mengajak saya berdebat susulan krisis antara Neelofa dan Anzalna.
Walhal, saya hanya wartawan yang melaporkan perkara, bukan orang berkepentingan atau ahli politik. Saya hairan kenapa dia harus campur tangan sedangkan dia tiada kena-mengena dalam kes itu.

 

Hans berkata sebagai penerbit dia mahu mempertahankan hak aktres yang bekerja di bawah produksinya padahal Neelofa sudah bekerja dengan banyak produksi lain sebelum ini.

 

Penerbit dan pengarah Aziz M. Osman untuk filem Azura 2012, KRU untuk King Kapchai dan beberapa lagi tetapi tidak pernah tampil membela Neelofa dalam kes-kes kontroversi sebelum ini jadi mengapa pula dia harus bertindak sehingga mahu mengajak saya berdebat pula?

Saya hormati pandangan Hans berkenaan isu ini dalam laman Twitter miliknya. Dia ada persepsi sendiri untuk menangani kes tersebut tetapi saya mahu jelaskan saya tidak layak untuk berdebat dengan artis berpengalaman sepertinya untuk kes seperti ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

219 Comments

  1. Tumpang Lalu

    June 17, 2012 at 11:52 pm

    Selepas tengok melodi tnghri tadi maka pada hemat saya, dalam kes dua2 orang artis ini, nampak jelas bahawa the real culprit adalah si Zubir. Dia hangin dengan Lofa, maka dia gunakan musuh Lofa dan dalam hal ini, siz Anzalna telah terkena….kesian. Dua2 artis kena tapi si wartawan senyum manjang jea…..itulah kualiiti wartawan hiburan negara kita.

  2. selebriti suka hisap

    June 17, 2012 at 4:27 am

    Zubir la batu api ! punca !

  3. Minta Penjelasan

    June 17, 2012 at 12:29 am

    Saya tahu mesti komen saya tidak akan disiarkan oleh Nara sbb saya bukan penyokong Neelofa. Tapi saya rasa saya perlu juga memberi komen disini bukan untuk mengapi-api keadaan tapi saya rasa ada sesuatu yg seriously kurang jelas di sini. Saya tak nafikan tindakan Anzalna adalah sesuatu yg kurang matang dan mmg Neelofa berhak mengambil tindakan. Tetapi, kalau Neelofa menuntut penjelasan dari Anzalna tentang apa yg dikatakan fitnah, saya juga rasa Neelofa perlu memberikan penjelasan ttg dakwaannya yg Tasha mengundi diri sendiri dan atas tajaan seseorang. Tidak kah perkataan “andaiain” tu merupa sesuatu spekulasi yg belum jelas. Jadi ia boleh merupakan tuduhan yg belum jelas. Kalau betul lah, Neelofa takde berniat untuk membuat apa2 spekulasi, then she simply shld reply “No comment” dan tak lebih. Sesiapa yg membaca komen Neelofa ttg hal ini, akan tahu tentang apa yg termaksud dalam komennya sbb tu ramai yg tak bersetuju. Seriously, tak tahulah mana keadilan nya disini. Kalau dia menuntut penjelasan dari Anzalna then saya rasa ramai juga yg sedang menanti penjelasan Neelofa ttg komen terhadap Tasha. Sbb tu saya masih tak boleh terima tindakkan Neelofa yg mengambil tindakan guaman terhadap Anzalna sedangkan komen dia terhadap Tasha juga merupakan spekulasi yg belum jelas.

    • Anonymous

      June 17, 2012 at 2:01 am

      atas sebab apa neelofa nak bg penjelasan psl tweet dia yg kata tasha shila beli undi dia? kau faham cerita x? kalau nak suruh neelofa bagi penjelasan, tasha shila ambil la lawyer utk suruh neelofa bg penjelasan, apsal tasha shila x buat? takut sbb mmg dia beli undi? ko boleh x jgn tanya soalan yg kurang bijak. buat apa neelofa nak bg penjelasan kalau tasha shila x buat tindakan undang2? lagipun tweet neelofa psl beli undi tu, dia tidak direct menyebut nama tasha shila, walaupun semua org tau dia tujukan kat sapa. so benda tu x cukup kuat utk bwk ke mahkamah. yang si anzalna ni, pegi sebut nama neelofa terang2 keluar surat khabar utama. dan itu adalah interview dgn wartawan pulak tu. mmg cukup kuat laaa nak kene saman.

      kalau kau meroyan sgt nak penjelasan neelofa, pegi suruh tasha shila antar lawyer. klu setakat kau nak mintak neelofa bg penjelasan, kau sapa? lawyer tasha shila?

    • Dah Jelas Lagi Bersuluh

      June 17, 2012 at 9:02 am

      Anon, kau mmg penyokong tegar Neelofa. Kata lah apa yg kau nak katakan, aku masih rasa ada yg tak kena dlm hal ini. Mcm ada semacam double-standard. Walaupun tidak menyebut nama, org yg membaca tahu apa yg dimaksud. Anyway, sorry Neelofa, I will never be yr fan. Aku pun tahu kau tak kisah, sbb u probably think u masih byk penyokong tegar. Tak mengapa, aku rasa ramai lagi artis yg berbakat besar di luar sana yg aku rasa boleh dijadikan contoh. Good luck.

    • cuba kau sebut nama artis berbakat tu, nak nilai kat celah mana bakat dia daripada ko pum-pang-pum-pang pasal Neelofa. makin naik la dia. bodoh.

    • Anonymous

      June 17, 2012 at 9:56 am

      ade ke neelofa merayu kt ko suruh jadi fan die?? ade ade?? ahahah.. ade yg x kene, ade yg kena , janji anzalna dh terkena.. ahahaha.. aku cuma nak menggelakkan org mcm kauuuuu membenci org x tentu hala, mcm laaa kau kenal neelofa tu mcm mana, xyah la nak minat2 or nak benci2 org sesgt.. bkn ada faedah punnn… ahahahaahah

  4. nyah bus stop

    June 16, 2012 at 11:16 pm

    kesian kat anzalna dia jadi mangsa pujukan zubir..aku memang benci giler dgn wartawan hiburan mcm zubir..jadi batu api melampau2..patutla perut buncit mcm org mengandung asyik mkn duit hasil jadi batu api takkan berkat..ZUBIR BATU API MUST DIE!!

  5. Akulah Anjalna

    June 16, 2012 at 10:47 pm

    Last :p

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top