Penulis Faisal Tehrani berkongsi rakaman suara yang diterimanya daripada pempengaruh dan aktivis, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengenai keadaan terkini.
Menerusi TikTok, Zainal memaklumkan bot yang dinaikinya baru ditahan kerana lewat sampai akibat kerosakan pada bahagian enjin.
Ujarnya lagi, ketika menghantar rakaman suara tersebut kapal mereka belum diperiksa secara menyeluruh dan semua aktivis membuat keputusan untuk membuang telefon bimbit lebih awal.
Tambahnya, rundingan akan dijalankan untuk menentukan sama ada aktivis serta sukarelawan dari Malaysia akan dibebaskan atau terus ditahan oleh rejim Israel.
Kami mungkin akan dipindahkan ke kapal besar dan siasatan akan dilakukan. Kemudian, mereka akan beri tawaran yang pertama iaitu mengaku memasuki Israel secara salah dan akan dibebaskan 72 jam. Dan kedua, enggan mengaku salah dan akan dibicarakan dalam tempoh seminggu selepas dilokap.
Zainal juga turut memaklumkan keadaan terkini aktivis dan sukarelawan yang masih selamat daripada sebarang kekerasan tentera Israel.
Katanya, mereka diminta untuk tunggu ketika rundingan dilakukan bersama kapal-kapal yang lain. Dalam pada itu, dia menambah ketika waktu tersebut, tentera Israel baru selesai dengan 10 daripada 44 kapal misi kemanusiaan terbabit.
Mereka suruh kami tunggu di sini. Tiada kekerasan, tiada suluhan lampu, tiada semburan cat, tiada semburan bahan kimia dna tiada bot ugutan.
@faisaltehrani Saya baru berhubung dengan Zainal Rashid Ahmad, zio baru panjat kapal beliau. Sebarkan #sumud #fyppppppppppppppppppppppppppppppppp #globalsumudflotilla #globalsumudflotillamalaysia ♬ original sound – Faisal Tehrani 🧐
Sebentar lagi kami akan berpakaian biasa untuk menunjukkan kami tidak berbahaya dan waktu itulah telefon akan dibuang dalam air. Kami kapal yang ke 45, yang terakhir sampai.