Zoo Negara Terdesak, Perlukan Dana Kewangan Sekarang!

Trending

Zoo Negara Terdesak, Perlukan Dana Kewangan Sekarang!

Sewaktu kecil dahulu, jika cuti sekolah tempat kegemaran kita semua pastinya untuk ke Zoo Negara bersama keluarga atau mengikut rombongan sekolah bersama-sama kawan.

Waktu itu jika nak pergi Zoo Negara pasti hati terkobar-kobar nak lihat zirafah, gajah, dan harimau. Jika pergi masa cuti sekolah ramai sangat orang sehingga perlu beratur panjang untuk menaiki tram yang disediakan oleh pihak zoo.

Advertisement

Pada waktu itu Zoo Negara sangat terkenal, bukan untuk kanak-kanak sahaja malah tempat orang bercinta bertemu janji juga masa itu.

Tetapi zaman sekarang ini tidak seperti dahulu lagi. Zoo Negara dilaporkan dalam keadaan ‘terdesak’ dan memerlukan lebih ramai pengunjung dan penaja bagi menampung kos operasinya, khususnya harimau Malaya yang boleh menelan belanja RM500,000 setahun.

Dipetik dari New Straits Time, menurut Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata,

RM100 sehari diperlukan untuk memberi makan harimau Malaya manakala harimau Bengal makan 10kg daging, atau bernilai RM200 sehari. Ini memakan belanja RM40,000 setiap harimau setahun, termasuk ubat mereka.

Mengambil faktor perbelanjaan pekerja, kita memerlukan kira-kira RM500,000 setahun. Secara idealnya, untuk memperluaskan dan menjadikan zoo menjadi tumpuan pemerhatian harimau Asia, kita memerlukan kira-kira RM1 juta setiap tahun.

Ini juga boleh didapati melalui penajaan swasta, di mana syarikat boleh menaja satu atau lebih haiwan selagi mereka suka. Mereka juga boleh menamakan bayi yang baru lahir.

Beliau berkata Geran Persekutuan 5 tahun yang berjumlah RM5 juta yang telah diterima oleh zoo itu telah tamat pada tahun 2004, dan kini hanya bertahan dengan menerima bantuan kerajaan yang berbentuk one-off untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan.

Kami telah membelanjakan RM1 juta hingga RM1.2 juta sebulan untuk tiga tahun yang lalu dan kami perlu mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 pelawat untuk menampung kos tersebut.

Oleh kerana kami terpaksa membelanjakan semua yang diperolehi, maka pengembangan zoo sebagai kemudahan untuk pendidikan, pemuliharaan dan penyelidikan saintifik adalah amat terhad.

Rosly berkata, bilangan pelawat semakin menurun sejak tahun 2015 sehingga ke hari ini.

Zoo Negara mencatatkan rekod sebanyak 708,000 pelawat pada 2014, ketika China menghadiahkan Malaysia dua ekor panda raksasa, Xing Xing dan Liang Liang.

Pada 2016, kami mempunyai 435,000 pelawat sahaja dan ia jatuh ke 345,000. Tetapi angka pulih sedikit dengan 368,000 orang yang datang pada tahun lepas. Tetapi ia masih merosot secara keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau berkata zoo itu akan bertemu dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar, yang dijangka membuka “immersion center” bagi harimau di mana sebahagian belanja dibiayai kementerian itu.

Pihak Zoo Negara juga akan menjemput Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali, untuk membincangkan usaha untuk Zoo Negara mengukuhkan kemudahan pemuliharaan, pendidikan dan penyelidikan, serta memainkan peranan sebagai pemegang kepentingan dalam merangka dasar untuk pemuliharaan, zoo dan pembiakan penangkapan secara keseluruhan.

Kami juga berharap bahawa mereka secara aktif mempromosikan zoo kami di Malaysia dan di peringkat antarabangsa kerana ia adalah lambang untuk pemuliharaan.

Kami berharap Zoo Negara dapat menambah jumlah pelawat dari Malaysia dan juga luar negara. Sebagai rakyat Malaysia, sokonglah Zoo Negara kita dan bawalah anak-anak datang ke Zoo Negara untuk belajar mencintai haiwan dan juga alam sekitar.

 

Sumber: New Straits Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...