Zoo Jerman Kini Mempertimbangkan Untuk Mengorbankan Beberapa Haiwan Akibat Kekurangan Dana

Trending

Zoo Jerman Kini Mempertimbangkan Untuk Mengorbankan Beberapa Haiwan Akibat Kekurangan Dana

Sekatan pergerakan di negara yang terjejas akibat wabak COVID-19 mengundang pelbagai kesan drastik terutama terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Banyak perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa dan mempengaruhi status kewangan syarikat.

Di Utara Jerman, sebuah zoo sedang mengalami masalah kekurangan dana untuk memberi makan kepada haiwan yang berada di bawah jagaan zoo terbabit. Oleh itu, zoo tersebut membuat permohonan untuk meminta sumbangan derma daripada orang ramai untuk meneruskan operasi zoo seperti biasa walaupun tanpa kunjungan orang ramai.

Advertisement

anjing laut

Zoo di situ menerima pelawat yang ramai ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah. Setelah sekatan pergerakan di Jerman diperketatkan lagi, zoo tidak dapat dibuka dan tidak boleh menerima sebarang pelawat untuk sementara waktu. Operasi zoo dan kos pembelian makanan untuk semua haiwan selama ini banyak bergantung kepada penjualan tiket. Keadaan ini menyebabkan pihak pengurusan zoo sedikit tertekan untuk mencari dana tambahan.

Sekiranya keadaan bertambah teruk, pihak pengurusan zoo akan mengambil tindakan yang mungkin dilihat sebagai ‘kejam’ dengan mengorbankan beberapa haiwan dan dijadikan makanan kepada haiwan lain.

Cadangan ini telah dipertimbangkan dengan teliti untuk memastikan kelangsungan haiwan di dalam zoo terjaga. Beberapa haiwan telah disenaraikan sebagai haiwan korban yang akan disembelih. Langkah ini dijadikan sebagai alternatif terakhir untuk menyelamatkan haiwan daripada kebuluran.

peguin

Haiwan seperti anjing laut dan penguin memerlukan bekalan ikan segar yang banyak untuk setiap hari.

Ini belum termasuk haiwan yang memerlukan bekalan buah segar, daging dan makanan tambahan. Zoo yang terletak di Berlin ini bagaimanapun tidak layak untuk mendapat sumbangan dana negeri ketika waktu kecemasan kerana tergolong dalam kategori perniagaan kecil.

singa

Kerugian yang dianggarkan dihadapi oleh pihak zoo ialah kira-kira sebanyak RM832,000. Sekiranya pergerakan di negara tersebut disekat dengan lebih lama, mungkin angka kerugian akan meningkat naik. Sebagai rekod, Jerman kini mempunyai 134,753 kes yang disahkan positif COVID-19. Kadar kematian pula meningkat kepada 3,804 mangsa.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...