Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zon Ceria Suria FM Kini Kembali

Wow. Meriahnya program Zon Ceria Suria FM yang telah berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada hari Sabtu, 19 April yang lalu. Tentu orang Kelantan seronok kerana berpeluang menemui penyampai-penyampai radio popular seperti Halim Othman, Adibah Noor dan DJ Lin. Tambah seronok kerana dibelanja makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Sambil makan, sambil beramah mesra.

zon ceria suria fm

Advertisement

Aktiviti Zon Ceria Suria FM ini telah dianjurkan sejak tahun 2013 dan mendapat sambutan yang amat hangat. Terharu dengan reaksi yang diberikan oleh pendengar radio yang berfrekuensi di 105.3 FM ini, Zon Ceria Suria FM kembali semula pada tahun ini. Kali ini pastinya lebih meriah, lebih gempak dan lebih “happening” lagi. Bagi Abang Nara, program Zon Ceria Suria FM harus dijadikan aktiviti tahunan agar penyampai radio Suria FM dapat mengenali para pendengar mereka dengan lebih rapat lagi.

zon ceria suria fm

Hujung minggu ini, giliran orang Muar pula untuk merasai sendiri celoteh-celoteh penyampai radio Suria FM. Sila kosongkan tarikh 26 April (Sabtu) kerana Zon Ceria Suria FM akan menerjah Mee Bandung Central, Tanjung Agas, Muar bermula jam 12 tengah hari. Inilah peluang anda untuk makan “free” dan bersua muka dengan Linda Onn, DJ Lin, Reza Mohamed dan ramai lagi.

zon ceria suria fm

Jarak dari Kuala Lumpur ke Muar pun bukanlah jauh sangat, kalau ada kesempatan, Abang Nara teringin juga nak pergi dan merasai sendiri kemeriahan Zon Ceria Suria FM. Diharapkan orang Muar tidak melepaskan peluang keemasan ini. Ceria-ceriakanlah hujung minggu anda dengan makan mee bandung sambil borak-borak dengan penyampai radio Suria FM. Lagi ramai yang datang, lagi meriahlah program ini. Tak gitu?

zon ceria suria fmUntuk maklumat lanjut mengenai Zon Ceria Suria FM, sila layari www.suriafm.com.my dan juga Facebook Suria FM.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top