Zoha Rahman, Gadis Hijab Pertama Muncul Dalam Filem Spider-man: Far From Home

Trending

Zoha Rahman, Gadis Hijab Pertama Muncul Dalam Filem Spider-man: Far From Home

Untuk mereka yang sudah menonton filem Spider-man: Far From Home pastinya perasan ada satu watak wanita berhijab yang menjadi rakan kelas kepada Peter Parker.

Zoha Rahman yang melakonkan watak itu mendapat perhatian ramai kerana ini merupakan kali pertama watak seorang wanita hijab muncul di dalam filem Marvel.

Advertisement

Filem blockbuster ini memaparkan imej Muslim yang juga sebahagian dari masyarakat Amerika dan bukan sebagai pendatang asing dari negara luar. Ini merupakan satu perubahan baik dalam pemaparan imej Muslim di dalam filem Hollywood.

Di sebalik kisah Spider-man

Melalui temubual bersama teenvogue, Zoha memberitahu semuanya bermula apabila pihak agensi menghantarnya untuk diujibakat bersama casting director filem itu.

Ketika sesi ujibakat dia tidak memakai hijab kerana tidak dimaklumkan itu merupakan salah satu kriteria yang dicari. Beberapa hari selepas itu, agensinya bertanyakan jika dia selesa untuk mengenakan hijab untuk filem itu. Mereka juga memintanya menghantar selfie sambil memakai hijab.

“Saya terus berlari mencari tudung Ammi (Mak dalam bahasa Urdu) dan menghantar beberapa selfie kepada mereka. Sedar-sedar saja selepas itu saya sudah menjadi sebahagian dari team produksi filem ini.”

Pelajar lulusan undang-undang

Mungkin ada yang tidak tahu, Zoha merupakan lulusan pelajar undang-undang di SOAS University of London. Tetapi kini dia lebih selesa meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan dan juga peragaan.

Selain itu, Zoha juga mahir berbahasa Inggeris, Urdu, Hindi dan Punjabi. Gadis berasal dari Pakistan ini mula menetap di London untuk menyambung pelajaran pada satu ketika dulu.

Zoha Rahman sebelum ini tular di media sosial apabila ramai yang tertanya-tanyakan mengenai identiti dirinya. 

Kredit gambar: Zoha Rahman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...