Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zoey Akui Sudah Ada Kekasih, Nafi Bercinta Dengan Elfira Loy

Berita kurang baik buat peminat wanita yang sudah jatuh cinta dengan insan bernama Zoey Rahman ini. Hari ini menerusi Kosmo, Zoey mengakui yang dirinya sudah pun berpunya. Namun wanita yang berjaya mencuri hatinya bukanlah Elfira Loy seperti yang digosipkan sebelum ini.
zoeyMenurut Zoey, hubungannya dengan Elfira hanya seperti abang dan adik. Lebih-lebih lagi perbezaan umur mereka yang menjangkau 9 tahun. Gadis yang berjaya mencuri hatinya berusia 24 tahun dan kini sedang belajar di sebuah universiti tempatan. Kata Zoey:-

Saya sedang mengenali seorang gadis. Memang kami sudah kawan lama dari zaman Myspace lagi tetapi disebabkan kekangan masa menyebabkan kami pernah terputus hubungan. Saya memang ada merancang untuk berkahwin, Insya-Allah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya menyukainya kerana dia menerima saya seadanya dan senang apabila bersamanya.

Advertisement

zoey

Siapakah gadis bertuah yang berjaya menakluk hati si kacak Zoey Rahman ini? Pasti suatu hari akan terdedah jua. Kepada peminat Zoey, jangan kecewa. Doakan kebahagiaan Zoey. Moga Zoey dapat mendirikan rumahtangga sebelum umur 30 tahun seperti yang diharapkan. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top