Memang seronok rasanya kalau ada anak ramai, tetapi bukan mudah untuk menjaga mereka. Biasalah budak-budak ada banyak kerenah dan memerlukan perhatian hampir setiap masa.
Seperti Zizie Ezette yang mempunyai keluarga besar, dikurniakan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan yang comel. Agak sukar untuk memberikan perhatian kepada kesemuanya pada satu masa.
Baru-baru ini, Zizie Ezette memuat naik foto bersama pembantu rumah ataupun pengasuh yang menjaga lima anaknya. Mula ada pihak yang menuduh dirinya riak dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun, jelas Zizie dia hanya sekadar ingin berkongsi kehidupan sehariannya dengan peminat, bukan niat mahu mahu menunjuk.
Saya bukannya mahu menunjuk atau riak, sebaliknya foto ini bertujuan berkongsi kehidupan bersama pengikut. Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya.
Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan. Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan. Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT.
Seronok sebenarnya melihat keluarga besar Zizie, betapa ceria kehidupannya dengan kehadiran anak-anak tercinta.