Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizie Ezette – Saya Tak Peduli Dan Saya Tak Kisah

zizie ezette

Akhirnya semalam dalam Harian Metro, Zizie Ezette dah pun keluarkan kenyataan pertama kali tentang perkahwinannya dengan Bung Mokhtar. Memang sebab nak menjaga hati isteri pertama Bung Mokhtar, sebab tuelah Zizie terpaksa berdiam diri selama nie. Moh kita dengar sikit apa Zizie cakap:-

Advertisement

[note]Saya tak kisah orang nak cakap apa pun selepas ini. Itu terpulanglah kepada mereka. Pada masa sama, saya juga tidak tertekan dengan apa yang berlaku. Apa yang penting, saya melakukan perkara yang baik di sisi Allah. Siapa pun jodoh saya, itu ketentuan Allah. Saya juga mendapat restu keluarga sebelum memutuskan untuk berkahwin dengannya. [/note]

Betul kata Zizie. Jodoh tue memang ketentuan dari Allah. Nak wat camner memang dah ditentukan Zizie akan kawin dengan Bung Mokhtar yang tak cukup kacak tue. Tapi kami gembira dengar yang keluarga Zizie merestui perkahwinan dia.

[note]Maaflah, saya tak boleh beritahu lebih lanjut di mana dan bilakah majlis pernikahan kami berlangsung. Saya juga tak dapat mengulas lanjut cerita berkaitan majlis pernikahan kami kerana perlu menjaga hati pihak satu lagi (isteri pertama Bung Moktar, Datin Nor Asidah Alimuddin)[/note]

Harapnya semua orang pun dah berpuas hati dengan pengakuan jujur Zizie nie. Skang kita dah boleh tutup buku @ gosip pasal Zizie dan Bung Mokhtar. Meh la sama-sama kita doakan diorang berbahagia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top