May 3rd, 2019

Hari ini, pelakon Zizie Ezette dan suaminya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes rasuah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Menghadapi tiga pertuduhan berkaitan kes rasuah tersebut, Zizie bagaimanapun nafi bersubahat  dan mengaku tidak bersalah memperoleh rasuah RM2.8 juta  selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Zizie didakwa telah bersubahat memperoleh rasuah dengan Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad. Wang yang diberikan oleh dua ejen itu dimasukkan ke dalam akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) di bawah nama Zizie.

Difahamkan, rasuah itu adalah upah kepada Bung Moktar yang mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Zizie dan Bung Moktar didakwa mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : Berita Harian


53 responses to “Zizie Ezette Mengaku Tidak Bersalah Bersubahat Peroleh Rasuah RM2.8 Juta”

  1. Who is next ????? says:

    Dah kawin pun kerana duit …hamba duit la jadi nye ..

  2. Anonymous says:

    felcra labur 150juta masuk public mutual under sorang agent ni…
    si bung mintak komisen dpt 2.8 juta… nk cover 2.8 masuk akaun zizie… zizie nmpk sgt menipu xtau pasal duit masuk akaun dia eeiiii kalo dah sakan soping beg hermes berbijik2 mengalahkan bini vincent tan…

    si agent public mutual tuh menang top 1st ranking agent ooooo gara2 bung..
    tp budak pompuan tu selamat dari tuduhan beri rasuah 2.8juta sbb jadi saksi…

    • Kite lerr says:

      Memang betol citer ni ada dgr sebelum ni

    • Nanii says:

      Agent tu mesti rela hati bagi komisen.agent mestilah nk good record on sales

    • Aida Musa says:

      2.8 juta tu part dari komisyen yang agent tu dapat hasil dari komisyen insure felcra.
      Kadang2 mereka saling tak kenal pun tapi for win-win purpose, agent approach decision maker (dalam kes ni bung). Suruh insure felcra for certain amount, jika berjaya, certain percent Bung akan diberi pada Bung. Anyway, this is only 1 kes yang baru dimulakan siasatan. Rasanya banyak lagi kes lain. Dah lama dia hidup kaya-raya sejak jadi politician ni. Di pekan kinabatangan, tiada pembangunan pun, adalah KFC satu. Kedai2 makan di situ banyak dimiliki oleh orang-orang Sulu yang tinggal secara haram. Benda2 begini tak pula disuarakan oleh Bung even once!

    • bedah says:

      agen PM tu bff zizie..dulu penah bt bisnes tudung sama2 dgn zz..nmpak sgt well planned masing2 nk dpt income masyuk, suruh zz pujuk hasben melabur dlm PM..ig agen tu pun dh slow xaktif dah..kalu x tiap2 hr update

      geng2 PM ni puja habis agen ni sbb xpernah xtop sales

    • hahaha says:

      tak kesah la dia nk labur ke hapa ke..tapi guna la duit sendiri..jangan la guna duit felcra..patut la kalu raya jer mak aku dpt ciput duit raya dari felcra..rupanya dia org ni suka2 nak labur sana sini…mcm duit mak pak diaorang..kamsen dia orang sapu bersih…

  3. Anonymous says:

    mata zizie merah mesti lepas nangis kan huhuhu

  4. Anonymous says:

    aku perasan setiap komen2 y kutuk si bung ni msti ade satu dislike…..wujud lg eh manusia bodoh y menyokong si keparat laknatullah ni…ni br btl MELAYU MEROSAK MELAYU..lps tu laung dap laknatullah…ko y laknatullah..malu laa skit…nme je islam tp rembat, mkn hasil haram…puiii…y dok sokong penyamun ni jgn lupe turun berhimpun kat sogo smbl laung “islam di tindas”…heheheh…

    • Anonymous says:

      betul tu… pung pang ckp PH islam di tindas padahal belakang BN sedap songlap duit sana sini… si penyokong umno melalak smpi tekak kering tgh panas sesen tak dpt.. yg kesian makcik yg gadai gelang emas kesayangan tuk kempen bantu najib…

  5. nini says:

    takkan nak ngaku salah selagi takde pembuktian
    tapi kalau dah ada tuduhan ada bukti selalunya..bukan simply sprm nak tahan adn siasat

Loading...