Lama tak dengar cerita tentang si gebu Zizie Ezette ini. Tup tup hari ini dengar khabarnya Zizie dah dimasukkan ke wad Hospital Ampang Puteri kerana disyaki demam denggi. Agak sedih jugak kerana suami tersayang, Bung Mokhtar kini tiada di Kuala Lumpur untuk menemani kerana berada di Sabah.
[note]Saya mula ditahan di wad sejak malam tadi (Isnin). Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah mula demam dan menggigil yang teruk. Memandangkan saya berada berseorangan di rumah sebab suami kini berada di Sabah, saya tidak larat untuk ke klinik sendiri. Mujurlah pada malam semalam (Isnin) ibu datang ke rumah dan menghantar saya ke hospital. [/note]
Zizie cakap dia rasa dia kena demam denggi semasa bercuti di Filipina baru-baru ini. Buat masa ini, doktor masih belum mengesahkan sama ada sakit Zizie benar-benar demam denggi. Kena tunggu 2-3 hari lagi. Tapi semua simptom sememangnya menjurus kepada demam denggi.
Kami doakan agar Zizie cepat sembuh. Bahaya tue demam denggi. Boleh membawa maut. Sila minum air 100 Plus banyak-banyak. Korang ada pengalaman tak demam denggi nie? Kalau ada cuba cerita sikit untuk dikongsi bersama. Sumber berita Mstar.