Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bung Mokhtar – Kami Sudah Berkahwin, Tolong Hormati Privasi Kami

bung mokhtar zizie ezette

Sekejap cakap dah, sekejap cakap belum. Sekejap belum nikah, sekejap dah nikah. Sekejap tak cukup kacak, sekarang nie dah kacak pulak. Kami memahami kenapa Bung Mokhtar cuba berdolak dalih. Almaklumlah, orang sudah beristeri. Perlulah menjaga hati isteri tua.

Advertisement

Yang penting akhirnya semalam dalam suratkhabar NST, Bung Mokhtar telah pun mengakui yang dia sudahpun bernikah dengan Zizie Ezette. Mungkin dah tak tahan dengan banyak sangat gosip yang keluar, akhirnya Bung Mokhtar menjadi lelaki sejati dan mengakui pernikahannya dengan Zizie adalah benar.

Tahniah kepada Zizie Ezette dan Bung Mokhtar. Walaupun bergelar isteri kedua, kami sentiasa mendoakan agar Zizie bahagia di samping suami tercinta. Diharap dengan pengakuan ini semua pihak berpuas hati dan menghormati privasi Bung Mokhtar dan Zizie. Biarlah mereka melayari bahtera perkahwinan mereka seindah yang boleh.

Tahniah sekali lagi buat kedua-dua pasangan pengantin baru ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top