Zizi Kirana ‘Update’ Dah Mula Berlayar Di ‘Red Zone’ – “Susah Dah Nak ‘Live’, Perlu Bersiap Sedia Sebarang Kemungkinan”

Hiburan

Zizi Kirana ‘Update’ Dah Mula Berlayar Di ‘Red Zone’ – “Susah Dah Nak ‘Live’, Perlu Bersiap Sedia Sebarang Kemungkinan”

Penyanyi rap, Zizi Kirana kini sudah tiba di Tunisia bagi meneruskan misi kemanusiaan menghantar bantuan asas buat saudara Islam yang ditindas di Gaza.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil ini meluahkan rasa syukur kerana ketibaannya bersama beberapa aktivis lain menandakan mereka hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk memasuki Gaza.

Advertisement

Zizi kirana

Alhamdulillah sampai di Tunisia. Saya keluar naik ke bahagian atas kapal, dan terdengar laungan azan.

Dalam masa sama, Zizi mengakui dirinya berasa gementar kerana mereka bakal memulakan pelayaran ke Gaza melalui perairan antarabangsa yang dikategorikan sebagai zon merah.

Semakin dekat dengan Tunisia sebenarnya semakin mendebarkan, kerana tak lama lagi kami akan masuk ke perairan antarabangsa dan boleh dikatakan ‘red zone’.

Mungkin ketika itu agak susah dah kami nak update atau buat ‘live’ kerana kami perlu sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Di akhir perkongsian, pelantun lagu Eh ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus berdoa dan memberikan sokongan buat semua sukarelawan yang terlibat.

zizi kirana

Untuk rekod, Zizi menyertai Global Sumud Flotilla bersama beberapa selebriti dan aktivis kemanusiaan lain termasuk Ardell Aryana dan PU Rahmat dalam misi menghantar bantuan asas kepada penduduk Gaza.

Sebanyak 24 kapal flotila dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara termasuk Malaysia telah berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju ke Gaza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa
2025-09-08 12:37:34

Neelofa Kongsi Pengalaman Belajar Di Asrama MRSM Langkawi - "Dulu Kes Buli Di Sana.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...