April 29th, 2020

Apabila tiba bulan Ramadan, ramai artis akan berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Antaranya ialah Zizi Kirana yang tampil cantik bertudung. Perubahannya itu dibuat atas kehendaknya sendiri sepanjang tempoh berpuasa 30 hari.

zizi kirana dimaki pakai tudung bulan ramadan

Meskipun sudah berpakaian sopan, namun, Zizi berkata masih ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu. Mereka mengecamnya menutup aurat hanya di bulan puasa sahaja dan pasti akan kembali tampil dengan imej seksi selepas tamatnya Ramadan.

Bagaimanapun, segala kecaman dan kritikan yang dilemparkan sedikit pun tidak mematahkan niat serta semangatnya untuk terus melakukan kebaikan.

zizi kirana dimaki pakai tudung bulan ramadan zizi kirana dimaki pakai tudung bulan ramadan

Bulan puasa tahun ini saya masih kekalkan imej bertudung. Tapi yang sedih tu masih ada netizen yang maki-maki dan tak bersetuju saya bertudung hanya di bulan puasa sahaja. Biarlah mereka nak cakap apa pun, saya biarkan sahaja komen itu.

Doakan sahajalah yang baik-baik, jangan kecam-kecam tambah dosa di bulan Ramadan ni. Manalah tahu nanti saya akan bertudung terus.

zizi kirana dimaki pakai tudung bulan ramadan

Kami doakan agar Zizi kekal istiqamah dan semoga usahanya untuk mendekati kebaikan akan menjadi contoh buat ramai lagi di luar sana. Benda positif, apa salahnya untuk doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita : mStar Online


6 responses to “Zizi Kirana Sedih Dimaki Kerana Bertudung Di Bulan Ramadan”

  1. Anonymous says:

    come on la laki2 kat luar sana….selamatkan la gadis ni….lawa kot….insyaallah masih ade cahaya

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...