Zizi Kirana Harap Masyarakat Fokus Misi Kemanusiaan – “Dekat Malaysia Aku Nampak Sibuk Hal Politik, Hal Rumah Tangga”

Hiburan

Zizi Kirana Harap Masyarakat Fokus Misi Kemanusiaan – “Dekat Malaysia Aku Nampak Sibuk Hal Politik, Hal Rumah Tangga”

Penyanyi yang kini sedang berlayar dalam misi bantuan ke Palestin, Zizi Kirana berharap agar rakyat Malaysia memberi fokus dan terus menyokong pasukan yang menyertai misi kemanusiaan berkenaan.

Luah Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil di TikTok, dia berasa bosan dengan masyarakat negara ini yang sering membahaskan tentang politik dan hal rumah tangga sahaja.

Advertisement

Tambah isteri kepada Yusuf Bahrin itu, rakyat Malaysia perlu bersama-sama memberi kesedaran tentang SUmud Flotilla dan menjadi saksi perjuangan ini.

Dekat Malaysia terlalu sibuk dengan hal politik, tak pun rumah tangga. Itu saja, bosan sangat. Cuba fokus pada misi kita. Anda ada di daratan untuk beri kesedaran tentang misi di Sumud Flotilla. Kalau ada apa-apa jadi pada kami, anda adalah saksi. Pergerakan ini merupakan misi kemanusian dan bukan untuk berperang.

Zizi Kirana

Dalam pada itu, Zizi turut meluahkan rasa syukur menjadi rakyat Malaysia yang masih mempunyai peluang untuk jalani kehidupan dengan aman.

Katanya lagi, ujian rakyat Palestin sangat berat dan mereka memerlukan sokongan daripada saudara Muslim untuk mendapatkan keperluan seharian seperti pakaian dan makanan.

Malaysia tiada kebuluran. Jangan samakan ujian kita dengan bumi Palestin yang memang habis-habisan dikerjakan zionis. Alhamdulillah kita masih boleh makan, tidur, lepak mamak.

Bersyukur kita duduk di Malaysia. Masih ada makanan dan ubat-ubatan. Orang di Gaza tiada makanan dan rumah. Kau rasa sama ke ujian kita di Malaysia? Sebab itu kita patut bersyukur.

@eiyjal1 #zizikirana #misibersama #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #fypppp ♬ bunyi asal – eiyjal

2025-09-18 10:57:02

Zizi Kirana Elak 'Video Call' Dengan Keluarga Ketika Pelayaran, Tak Tahan Sebak - "Luluh Jiwa Pahlawan Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...