Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizi Kirana Dikecam Tidak Lagi Bertudung

Tampil kembali dengan imej seksi, penyanyi Zizi Kirana dikecam kerana tidak lagi bertudung. Enggan hipokrit, Zizi menjelaskan penampilannya berhijab sebelum ini adalah untuk menghormati bulan suci Ramadhan.

Advertisement

Menurut Zizi, buat masa ini dia belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya. Mahu perubahan itu lahir daripada hatinya yang ikhlas dan bukan disebabkan ingin meraih pujian sahaja.

Saya tahu ramai yang marah dan bertanya kenapa tidak terus bertudung selepas Syawal, tetapi saya tidak mahu hidup berpura-pura. Apa yang dilihat di luar dan di media sosial, itu diri saya yang sebenar. Saya tidak perlu hidup dalam kepalsuan hanya kerana mahu meraih perhatian dan pujian.

Sebelum ini, saya bertudung kerana menghormati bulan Ramadhan, selain menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan Mizz Nina. Tiada siapa yang memaksa saya melakukannya, sebaliknya saya buat atas kerelaan sendiri.

Mempunyai niat untuk berhijrah dan menjadi seorang insan yang lebih baik, Zizi harap usahanya itu akan dipermudahkan.

Sama seperti orang lain, saya juga mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berharap usaha itu dipermudahkan.

Kita doakan yang baik-baik buat Zizi, mungkin hari ini dia dikecam, tetapi siapa tahu satu hari nanti dia akan berubah sepenuhnya. Berikan sokongan bukannya kritikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. umairah

    July 6, 2019 at 4:06 pm

    artis mcm ni jgn dipuji cantik bertudune. cer puji diorg malu kat allah, mgkin lepas tu akan teruskan pakai tudung. nak hormati bln ramadan konon, apakata hormati dulu kehormatan diri tu

  2. Ahlikubur

    July 6, 2019 at 12:49 pm

    Jumpa depan² kecik jer dada bila dlm gmbr besar weeiii… jumpa depan² nmpk tua sngt klu buka makeup lagi hurrmmmm… apapun tutuplah aurat tu tkde yg cantiknya badan kecik mcm budak 13thn bersungguh sngt memaksa diri nk kelihatan seksi

  3. Milo

    July 4, 2019 at 9:04 pm

    Bertudung sebab hormat bulan ramadhan .. bukan bertudung utk hormat pencipta

    Mintak peminat doakan baik2, diri sendiri taknak berdoa, lagi pakai rupa telanjang

  4. faraj

    July 4, 2019 at 2:13 pm

    kalau bertudung ,susah nk cari makan..!!! takkan nk bersabar jer, (Darurat)..Islam tk memaksa umat nya tk makan sampai mati, kalau Darurat tak dapat makan , makanan tk halal terpaksa makan…!!! sama ibarat jika bertudung susah nk dpt Job takkan sampai mati nk bertahan….yg lain pikiaq sendir…., yg penting jgn Berpurdah sampai nampak Mata, tu memang kimak..org berpurdah sampai nampak mata ni….!!! makan kt Restoran tak nk bayor..!! pastu Berak kt Tandas awan tak Flush…!!! dia ingat Tuhan nk tolong buat kan untuk dia…!!!

    • aku pun jahil gak..

      July 4, 2019 at 7:27 pm

      kot gtu katanya, kamu tk percaya la rezeki tu Tuhan yg bg.. konsep darurat tu mmg tkleh nk buat apa lagi dah.. contoh sesat dlm hutan, bnda nk makan takde.. nmpk ular, bunuh buat makan utk tenaga.. tu darurat.. ini stakat tk pakai tudung tk dpt job dlm dunia hiburan.. banyak je pluang lain ler.. sape ke nama nya ayu eh malaysian idol dulu, tau job nya dlm nyanyian takde.. sikit2 buat bisnes cili api.. skrg berjaya apa.. peh! darurat disamakan dgn takde job bila pakai tudung.. lain macam interpretation ko ne..

  5. Anonymous

    July 4, 2019 at 2:12 pm

    awal puasa tu dia dah cakap dia pakai untuk hormati ramadhan dan sahut cabaran 30dayshijabchallenge ke pebenda tah yang mizznina create tu. korang expect dia bertudung lepas habis ramadhan ke sedangkan dia dah bagitau dari awal?

    pikir pakai otak. liyana jasmay dulu pakai tudung tapi tak betul betul tutup aurat korang kata baik cabut je tudung tu. dia cabut tudung korang kecam jugak kan? korang nak apa sebenarnya?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top