Zizan Razak seakan tidak pernah putus dihimpit dengan kontroversi percinta terutama sekali soal bila beliau bakal berkahwin yang masih menjadi bualan ramai.
Sudah beberapa kali putus cinta, Zizan berkata buat masa ini fokus beliau hanya ingin membahagiakan ibu serta keluarganya sahaja dan enggan lagi memikirkan soal bercinta.
Kalau ditanya soal wanita, saya sebetulnya enggan lagi memikirkan tentang perkara itu. Bagi saya cukuplah sekarang saya memberikan tumpuan kepada kerjaya, perniagaan dan membahagiakan ibu saya sendiri.
Saya tahu itu yang terbaik. Membahagiakan ibu dan keluarga lebih memberikan kepuasan sebenarnya. Bukan bermakna saya menganggap wanita (teman wanita) merimaskan tetapi biarlah kena pada waktunya.
Buat Zizan, biarlah takdir sahaja yang menentukan dengan siapa beliau bakal berkahwin nanti. Apa yang berlaku sebelum ini mengajar Zizan untuk mengenali dirinya sedikit demi sedikit dan beliau juga mengakui sudah bertaubat daripada melakukan kesilapan lalu.
Soal jodoh dan dengan siapa saya mahu berkahwin biarlah masa sahaja yang menentukan. Yang penting saya lebih matang dalam menjalani kehidupan pada masa depan .
Dalam apa-apa isu sebelum ini, saya tidak pernah mencari salah sesiapa. Yang berlaku kepada saya dan mereka (beberapa wanita yang dikaitkan), saya ambil pendirian dengan menyalahkan diri sendiri sahaja. Dari situ saya mula belajar mengenal diri sedikit demi sedikit dan memperbetulkan nya. Sebagai orang biasa, saya juga bertaubat dan enggan mengulang kembali segala kesilapan.
Kalau sudah bertaubat dan enggan ulang segala salah silap dan masa lalu maka ia satu perubahan yang baik buat Zizan. Lagi best cuba untuk bahagiakan ibu dan keluarga daripada fikir hal remeh temeh dalam percintaan, bukan kata salah untuk bercinta tetapi janganlah terlalu obses mencari cinta sehingga lupakan keluarga. Kalau sudah jumpa jodoh yang tepat terus kahwin dan barulah saat itu hebahkan kepada umum.