January 14th, 2015

Akhirnya terjawab jua status hubungan antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Pelawak itu telah mengesahkan yang percintaan mereka berdua kini telah pulih kembali selepas berlakunya perpisahan baru-baru ini. Power jugak ayat Zizan memujuk Emma. Hehehe. Semoga lepas ini tak ada gaduh-gaduh, merajuk-merajuk dan kecoh-kecoh di laman sosial lagi.

zizan emma

Kata Zizan:-

Saya tidak mahu kongsi tentang perkara itu kerana bagi saya ia sudah selesai, kami sudah kembali bersama dan ia tidak perlu diperbesarkan lagi.

Saya hanya harap yang terbaik dan minta semua peminat mendoakan kami. Sekarang masa saya untuk beri perhatian kepada kerjaya.

zizan emma

Diharap tahun ini para peminat akan dapat menyaksikan Zizan dan Emma bersanding di atas pelamin. Orang kata kalau selalu gaduh-gaduh nie kena kahwin cepat-cepat. Itu je jalan penyelesaiannya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Sumber Mstar Online.

P.S: Enjin VTEC Turbo baru daripada Honda


Comments are closed.

Loading...