May 26th, 2015

Terpalit dengan kontroversi yang silih berganti membuatkan beberapa pihak  mempercayai bahawa pelawak Zizan Razak sedang berada diambang kejatuhan kariernya. Namun buat Zizan istilah kejatuhan tersebut tidak harus digunakan kerana segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan buat manusia.

Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah. Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu adalah rezeki. Dan Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih lagi ada.

Tidak mahu toleh ke belakang lagi, Zizan menganggap kontroversi yang lalu hanyalah sebuah kenangan serta dugaan hidup yang sudah ditakdirkan buat dirinya. Buat masa ini beliau mahu memberikan seratus peratus fokus terhadap kerjayanya.

Benda yang lepas biarlah ia berlalu. Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui. Yang penting saya perlu lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama.orang.luar di sana suka saya atau tidak.

Antara kontroversi yang melibatkan nama Zizan adalah mengenai punca percintaan beliau dan Emma yang putus ditengah jalan. Kemudian beliau dituduh sebagai pelawak kasanova yang mengirim mesej lucah kepada beberapa wanita. Malah, beliau juga dikatakan telah melanggan pelacur ketika berada di Indonesia.

Setiap orang di dunia ini akan menempuh pelbagai dugaan dalam hidup. Namun, semua itu adalah ketentuan takdir dan manusia tidak boleh membuat spekulasi terhadap seseorang hanya kerana mereka dihimpit dengan pelbagai kontroversi.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...