Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Razak Rancang Nikah Emma Maembong Tahun Ini

Pelbagai versi mengenai hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong yang telah Abang Nara dengar. Ada versi “masih tak mengaku bercinta“, ada versi “kawan tapi mesra“, ada versi “nak kahwin tapi tak tahu bila” dan yang terbaru versi “rancang kahwin tahun ini“. Kebenarannya? Hanya Zizan dan Emma Maembong sahaja yang tahu.

zizan emmaAbang Nara tak salahkan mereka berdua. Kadang-kadang harapan peminat memberikan sedikit tekanan buat Zizan dan Emma. Cakap macam ini salah, cakap macam itu salah. Mungkin Zizan dan Emma sampai tak tahu nak cakap apa. Namun apabila ditanya bilakah akan mengahwini Emma, Zizan berkata menerusi Berita Harian:-

Advertisement

Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini.

zizan emmaBagi Abang Nara kalau dah ada perancangan pun dah kira OK dah. Sekurang-kurangnya niat dah ada. Orang kata, niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Apa pun buat masa ini, Zizan Razak masih belum masuk merisik Emma Maembong. Diharap peminat yang mahu melihat mereka disatukan dapat bersabar. Insya Allah kalau jodoh tak ke mana. Doakanlah agar apa yang dirancang menjadi kenyataan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top