Zizan Razak Nasihat Artis Baharu Yang Dilanda Kontroversi Untuk Tidak Lari Daripada Media

Hiburan

Zizan Razak Nasihat Artis Baharu Yang Dilanda Kontroversi Untuk Tidak Lari Daripada Media

Sebut sahaja nama Zizan Rizak beliau bukan sahaja terkenal dengan lawaknya tetapi mungkin ada sesetengah daripada anda akan mengingati beberapa kontroversi yang melanda beliau terutama sekali berkaitan percintaan.

Advertisement

Sudah berpengalaman dan menempuh pelbagai kontroversi, Zizan menyarankan agar artis baharu tidak lari daripada pihak media apabila dilanda  kontroversi.

Saya ingin nasihatkan artis baru agar beri kerjasama pada media dalam menjawab sesuatu isu kerana saya lihat ia daripada sudut pekerjaan.

Alhamdulillah, walau sering dihimpit kontroversi saya tidak pernah lari. Jika saya belum bersedia untuk beri jawapan saya cakap sahaja belum bersedia.

Jelas Zizan, sebagai seorang selebriti mereka harus tahu bahawa kontroversi adalah salah satu risiko ataupun harga yang perlu dibayar apabila menceburi industri hiburan.

Ramai artis baru yang tidak faham dan cakap media buat cerita buruk pada mereka dan tidak mahu beri kerjasama.

Mereka sepatutnya tahu apabila sudah jadi artis itu adalah perkara yang perlu mereka hadapi. Bagi saya kontroversi itu lumrah dalam dunia seni dan Alhamdulillah setakat ini rezeki yang saya terima tidak goyang dengan kontroversi yang pernah menghimpit saya.

Bukan nasihat untuk artis baharu sahaja tetapi buat selebriti lain juga. Nasihat Zizan Razak itu sebenarnya sangat mantap. Setiap kontroversi yang tersebar haruslah dijelaskan kepada pihak media agar sesebuah isu itu tidak berpanjangan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...