April 14th, 2015

Sebelum ini, beberapa pihak media telah melaporkan bahawa pelawak terkenal Zizan Razak bakal menamatkan zaman bujang bersama seorang gadis daripada Terengganu telah menjadi bualan ramai beberapa hari lepas. Berita tersebut nyata mengejutkan orang ramai dan menganggap tindakan beliau adalah kerana ingin menutup kontroversi.

Mengakui bakal berkahwin pada tahun ini, Zizan bagaimanapun menyatakan beliau masih belum pulang ke kampung untuk berbincang tarikh perkahwinan yang sesuai sekaligus menafikan berita berkahwin pada Jun ini.

Zizan yang baru sahaja sebulan mengenali gadis tersebut berharap perbincangan tersebut akan berjalan dengan lancar dan bakal mengumumkan tarikh perkahwinannya nanti.

Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal.

Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga sebab saya bukan makin muda.

Berbicara soal beliau yang sebelum ini mahu memenangi semula hati Emma Maembong, Zizan akhirnya sudah menerima hakikat jodoh mereka sudah berakhir dan mendoakan yang terbaik buat Emma kerana percaya beliau mempunyai bakat untuk terus maju dalam industri lakonan.

Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan. Buat Emma saya doakan yang terbaik dan saya percaya dia boleh pergi jauh dalam industri.

Kami rasa mungkin perkahwinan Zizan Razak ini merupakan hasrat orang tuanya yang tidak ingin lagi melihat beliau merana dalam percintaan. Kata orang, cinta selepas kahwin itu lebih manis. Kenangan yang dahulu biarlah ia berlalu.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...