August 26th, 2019

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba spekulasi Zizan Razak bercinta dengan Bella Astillah bertebaran bak puting peliung. Terkejut beruk Abang Nara dibuatnya. Spekulasi ini bermula apabila Bella Astillah dilihat hadir ke majlis sambutan hari jadi ibu Zizan Razak, yang telah dimuatnaik oleh pelawak tersebut ke sosial media. Siap berdiri sebelah mak Zizan lagi. Memang sesuatu sangat kan?

zizan bella astillah

Cuba korang tengok video yang diperkatakan ramai ini. Lompat ke hujung video untuk melihat Bella Astillah, Zizan Razak dan ibunya berdiri sebelah menyebelah. Nampak sepadan pula kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


zizan bella astillah

Tapi korang semua jangan risau, menurut Zizan, dia tidak bercinta dengan Bella. Kehadiran bekas isteri Aliff Aziz itu sekadar kebetulan sahaja. Terang Zizan:-

Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem kami. Masa dia hubungi, saya ada tanya dia ada dimana dan dia berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu.

Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu saya ajak dan dia pun datang. Saya jenis kalau bercinta tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial

zizan bella astillah

Ala, kalau betul pun apa salahnya kan? Zizan pun dah mencecah usia 35 tahun, Bella pun solo. Tak ada sesiapa nak marah pun. Bila tengok lama-lama, memang nampak macam pinang dibelah dua kan? Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Mana tahu ada jodoh kan? Sumber Mstar Online.


16 responses to “Zizan Razak Nafi Bercinta Dengan Bella Astillah”

  1. Anonymous says:

    Mak dia? Hmmmm..

  2. Jini says:

    Cum sangat ke Bella tu.biasa je.makeupje tebal.klu bk utube dlm rancangan romantika
    Waktu ngn alif Aziz..Ms tu Bella kurus sngt.tgk dia mmng biasa je….

    • Anonymous says:

      cun la tu. bila masa plk mekap tebal. kau salah org ni. kbnyakan aku nmpk dia mekap simple dan natural je, x mekap pn lawa je.

    • kelantit says:

      natural? tebal lah tu. dia takde kening. kalau tak lukis tak nampak. eyeliner juga tebal. tang mana natural nya tu?

  3. Anonymous says:

    Booooooooo!!!

  4. faraj says:

    Aduiii Zizan..masa ada Duit ni kawin jerlah gan saper2,,,esok bila tua skit duit Takder mana ader org nk dh..!!! Lelaki Katek tua maner org nk..kalau Aron Aiziz umur 100 thn pun org nk..!! pikiaq sendiri lah Zizan..!!

  5. Anonymous says:

    ZIZAN NI APESAL SEMUA CUN DAN MELETOP DIA NAK TRY? BELLA KALAU PERGI KE ZIZAN NI SAMA JE MACAM PERGI KE ALIFF AZIZ. CUMA ZIZAN NI TAK SEPARAH ALIF LA TAPI ADA TANDA BAKAL2 KE ARAH TU JIKA SIKAP TIDAK DIBENDUNG.

Loading...