Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Razak Nafi Bercinta Dengan Bella Astillah

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba spekulasi Zizan Razak bercinta dengan Bella Astillah bertebaran bak puting peliung. Terkejut beruk Abang Nara dibuatnya. Spekulasi ini bermula apabila Bella Astillah dilihat hadir ke majlis sambutan hari jadi ibu Zizan Razak, yang telah dimuatnaik oleh pelawak tersebut ke sosial media. Siap berdiri sebelah mak Zizan lagi. Memang sesuatu sangat kan?

zizan bella astillah

Advertisement

Cuba korang tengok video yang diperkatakan ramai ini. Lompat ke hujung video untuk melihat Bella Astillah, Zizan Razak dan ibunya berdiri sebelah menyebelah. Nampak sepadan pula kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Advertisement


zizan bella astillah

Tapi korang semua jangan risau, menurut Zizan, dia tidak bercinta dengan Bella. Kehadiran bekas isteri Aliff Aziz itu sekadar kebetulan sahaja. Terang Zizan:-

Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem kami. Masa dia hubungi, saya ada tanya dia ada dimana dan dia berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu.

Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu saya ajak dan dia pun datang. Saya jenis kalau bercinta tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial

zizan bella astillah

Ala, kalau betul pun apa salahnya kan? Zizan pun dah mencecah usia 35 tahun, Bella pun solo. Tak ada sesiapa nak marah pun. Bila tengok lama-lama, memang nampak macam pinang dibelah dua kan? Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Mana tahu ada jodoh kan? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. me o not

    August 26, 2019 at 11:49 am

    gud bye to mira filzah. jika dia hanya letak pic wanita di media makanya dia xbcinta. hokeyy.. sile lah crik org lain. jgn mu dok tggu zizan ni lg

  2. Anonymous

    August 26, 2019 at 11:42 am

    memang nampak sgt mak retis

  3. kelantit

    August 26, 2019 at 11:29 am

    oh okay. boring

  4. Anonymous

    August 26, 2019 at 10:27 am

    Not our level

  5. Anonymous

    August 26, 2019 at 10:17 am

    DULU LELAKI TU TINGGI..SKRG KEMETOT..

    • faraj

      August 26, 2019 at 12:58 pm

      Kemetot sedor diri takper..!!! ni kemetot perasan !! konon2 muka dan Tinngi mcm Aron Aziz..!! wakakakakakaaaaaa

    • Anonymous

      August 26, 2019 at 1:20 pm

      Pernah bermimpi suami belikan rantai n keesokan harinya terkejut sangat suami ckp dah belikan rantai… Rupanya rantai pintu pagar. Ingat mimpiku dah menjadi kenyataan..

    • Anonymous

      August 26, 2019 at 1:21 pm

      Lebay lah, klo mmg sayang pakailah hijab untuk pengganti suami sayang sm diri kita, suami akan tambah sayang lagi nantinya. Lagian gak bagus juga pake perhiasan segede gaban bgtu gak baik mengundang kejahatan aja. Yg ptg kluarga harmonis, itu sm aja riya.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama