Zizan Razak sebentar tadi menerusi akaun Instagramnya telah menulis satu permohonan maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dan tersinggung perasaan dengan di atas kata-kata yang dikeluarkan olehnya di atas pentas MLM2014 minggu lalu. Kemungkinan besar ini adalah berkaitan dengan lawak ‘Dayang Nurfaizah’. Tidak diketahui sama ada permohonan maaf ini turut sama ditujukan kepada juri malam tersebut iaitu Fazura, yang telah menulis ‘tweet’ yang seolah-olah menyindir pelawak ini.
Meminta maaf adalah satu perkara yang mulia. Tak kiralah kita berada di pihak yang salah atau pun tidak. Semoga dengan permintaan maaf ini, tiada lagi kontroversi tentang persembahan Zizan dan kumpulan Virus minggu lalu. Apa pun, Abang Nara berharap agar kumpulan Virus dapat bersedia dengan lebih baik untuk MLM minggu ini. Persembahan kenalah kasi mantap. Biar orang gelak. Jangan kecewakan ribuan penonton anda.
Tak sabar rasanya menanti persembahan Virus minggu ini. Semoga ada peningkatan. Janganlah berada di takuk lama dan terlalu selesa dengan populariti anda. Semoga preparation berjalan dengan lancar. Good luck and all the best.