Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Razak Mengaku Cintakan Mira Filzah?

Sebelum ini Zizan Razak mengakui beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekitar tahun hadapan, pada masa yang sama mendedahkan beliau sudah mempunyai calon isteri tetapi tidka mendedahkan identiti wanita tersebut. Namun, Zizan seakan memberikan bayangan bahawa orang ramai tahu dan mungkin mengenali calon isterinya itu.

Advertisement

Timbul spekulasi mengatakan wanita itu mungkin juga Mira Filzah yang sering digosipkan bercinta bersama Zizan.

Menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, hubungan mereka berdua ini tidak pernah terputus sejak digandingkan sebagai hos ABPBH 29, semakin hari semakin rapat sehinggalah timbul bibit percintaan antara mereka berdua. Ada sumber mengatakan, Zizan mengakui beliau cintakan Mira.

Masing-masing dipertemukan kali pertama apabila dipilih sebagai hos kemuncak ABPBH 29 pada 2016. Khabarnya sejak itu hubungan mereka tidak pernah terputus,daripada seorang kawan sehinggalah kedua-duanya dikhabarkan dilamun cinta. Usahlah berdolak-dalih lagi Zizan dan Mira. Tidak salah pun jika berkongsi cerita yang sebenar.

Ada sumber yang mendakwa, Zizan pernah meluahkan isi hati dan mengakui Mira adalah wanita yang dicintainya. Cuma, tiada dinyatakan alasan kenapa Zizan belum melamar pelakon cantik molek itu.

Jika begitu, rasanya Zizan dan Mira tidak perlu lah lagi menyembunyikan hubungan mereka. Tidak salah pun untuk terus-terang dengan orang ramai, inshaAllah pasti mereka mendoakan yang terbaik. Kalau dah cinta sepenuh hati itu jangan tunggu lama-lama lagi, kata orang tua-tua benda baik apa salahnya dipercepatkan.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 Comments

  1. Anonymous

    July 23, 2018 at 1:14 pm

    cancel jer lah dgn zizan ni… mak zizan tu memilih tau tak mesti mulut budu jer.. nak yg org pantai timur jer…

  2. Anonymous

    July 23, 2018 at 11:21 am

    Dalam erti kata lain zizan nie playboy. Si mira perasan. The end.

  3. Anonymous

    July 23, 2018 at 11:13 am

    elok laa mira jual mahal jer dgn zizan ni… nak dtg melamar terus.. terima ke reject ke yg penting tau dah hajat… kalo couple2 pun nnti jadi mcm awek kelate ke ganu dulu… beriya dulu tinggalkan emma sbb nk kawin pmpuan tu katenyer… skrg tup tup hilang dari radar..

  4. kepoh

    July 23, 2018 at 9:19 am

    mak mira yang xsuka zizan..mira ikut je apa kata mak dia, zizan mmg syg mira, tp selagi mak mira tak terima selagi tulah hubungan tergantung mcmtu. Mak mira ni memilih.

    • unknown

      July 23, 2018 at 9:57 am

      harus la memilih.. bukan senang nak lepaskan anak perempuan..

    • Anonymous

      July 23, 2018 at 4:34 pm

      mak dia pun educated, bapak pun sama..kerja JKR & risda

    • Anonymous

      July 25, 2018 at 1:59 am

      Hoi. sukahati je ckp mak dia memilih. Aku kenal mak mira ni. Mak dia baik. Tak de kena mengena dgn Mak dia memilih ke apa. Dah kalau mak dia memilih pun kenapa? Hak mak dia nak memilih yg terbaik utk anak dia. Jgn suka nak sentuh perihal mak bapak org.

  5. Anonymous

    July 23, 2018 at 9:04 am

    bosannya.. kawin je la oiii

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama