Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Razak Mahu Ikut Cara Fahrin Ahmad Kahwin Mengejut

Masih lagi enggan mendedahkan sebarang butiran mengenai perkahwinan beliau, Zizan Razak seakan bermain teka-teki dengan peminat dan pihak media. Namun, Zizan terbaru menjelaskan beliau ingin berkahwin secara mengejut seperti yang dilakukan oleh aktor Fahrin Ahmad sebelum ini.

Zizan berkata sebagai seorang lelaki beliau memang mempunyai hasrat untuk berkahwin dan ada keluarga sendiri.

Advertisement

Macam mana pun saya mesti kahwin. Saya kena kahwin. Sebagai lelaki saya pun nak kahwin dan ada keluarga sendiri. Insya-Allah, semua yang dirancang bagaimana biarlah ia menjadi rahsia keluarga saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya.

Saya suka cara Fahrin Ahmad yang berkahwin secara ‘tiba-tiba’ dan ‘mengejut’. Cara itu nampak lebih afdal. Kalau boleh saya nak ikut cara dia.

Harapnya selepas ini Zizan Razak tidak lagi berdolak-dalik kerana peminat sudah lama menantikan berita gembira tersebut. Tidak salah untuk ikut cara Fahrin Ahmad tetapi kata orang lebih baik menghebahkn sesuatu perkara baik  agar ia tidak mengundang cakap orang ataupun fitnat pada masa hadapan.

Sumber Berita: BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top