Hubungan rapat Emma Maembong dan Kamal Adli sekarang ini mencetuskan pelbagai spekulasi, malah Kamal juga pernah didakwa sebagai penyebab percintaan beliau bersama Zizan Razak putus di tengah jalan.
Kamal juga ada menyatakan hubungan beliau dan Zizan baik-baik sahaja tetapi menurut Kak Pora daripada Bpop Berita Harian, Zizan sudah mula meletakkan syarat tidak mahu bergandingan dengan Kamal dalam mana-mana produksi.
Walaubagaimanapun, Kak Pora juga menjelaskan khabar angin itu belum tentu kesahihannya lagi tetapi beliau berharap perkara tersebut tidak akan terjadi.
Agak tidak profesional sebenarnya jika Zizan Razak betul-betul enggan berlakon bersama Kamal. Takkan lah masih tidak boleh lupakan perkara yang lalu sedangkan anda juga pernah berkata bakal berkahwin tidak lama lagi. Harap Zizan dapat menjawab persoalan ini dan menjelaskan perkara sebenar.