Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Razak Lari Daripada Pihak Media?

Baru-baru ini, pelawak Zizan Razak katanya sengaja mahu mengelakkan diri daripada pihak media selepas meninggalkan majlis pelancaran program Akademi Fantasia 2015 awal.

Advertisement

Terus-terang, banyak juga wartawan yang dah terasa hati dengan sikap Zizan yang tiba-tiba melarikan diri. Mungkin kerana hendak elak daripada di tanya soal perkahwinan beliau?

Namun, Zizan menerusi Harian Metro telah tampil memohon maaf kepada pihak media dan menafikan bahawa beliau sengaja melarikan diri.  Zizan menjelaskan pada waktu itu beliau tidak berapa sihat dan sebenarnya sempat ditemu bual oleh seorang wartawan.

Saya tidak lari (daripada media) kerana waktu itu saya sempat ditemu bual seorang wartawan dan kebetulan dia tidak mahu bunyi bising jadi kami pergi ke bahagian belakang. Selesai ditemu bual saya bertanya kepada pengurus ada tak wartawan lain nak temu bual dan katanya tidak, jadi saya ambil keputusan untuk pulang saja.

Lagipun ketika itu keadaan kesihatan saya tidak berapa baik jadi saya pulang saja. Andai ada yang terasa dan berfikir saya cuba melarikan diri daripada ditemu ramah saya mohon maaf banyak-banyak.

Kami rasa ramai yang asyik menanti perkembangan terbaru mengenai perkahwinan beliau malah ada yang sudah naik jemu apabila Zizan asyik berdolak dalih tentang hal berkenaan. Walaubagaimanapun, pengalaman lalu mengajar pelawak tersebut untuk tidak terlalu mendedahkan hal peribadi kepada umum.

Pengalaman lalu mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Sebelum ini percintaan saya terlalu digembar-gemburkan dan akhirnya hubungan itu tidak kesampaian. Malah sebelum ini saya beritahu media bakal berkahwin kerana perkara itu semakin hampir, namun ia mengalami masalah dalam kalangan keluarga menyebabkan ia tertunda.

Justeru, selepas ini saya lebih selesa berdiam diri saja dan kalau boleh tidak mahu terlalu bercerita kisah peribadi kepada umum. Biarlah hal peribadi dan perkahwinan saya menjadi rahsia keluarga saja.

Kata orang-orang tua, perkara baik tu tak salah kalau kita umumkan kepada semua orang. Lagi banyak orang yang mendoakan kebahagiaan anda, kan lebih baik? Terpulang lah Zizan, jangan nanti peminat dan mula bosan menunggu.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top