May 23rd, 2020

Mendengar perihal sikap rakyat Malaysia yang masih cuba merentas negeri dan pulang ke kampong sempena perayaan Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak tampil menyuarakan pandangannya berikutan hal berkenaan di laman instagram.

zizan razak

Katanya, rakyat Malaysia harus belajar daripada pengalaman lalu. Hal ini kerana, keputusan segelintir pihak tidak bertanggungjawab ini untuk pulang ke kampung dalam tempoh PKP memberi kesan negatif terhadap negara.

View this post on Instagram

Assalamualaikum Malaysia. Selepas terbaca petikan berita ini adakah anda rasa berkeinginan balik beraya dikampung lagi? Tidakah anda rasa kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula mula pkp dijalankan. Selepas ramai pulang kekampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena wabak covid-19. Adakah ingin mengulangi kesilapan lalu? Adakah anda mahu jadi pembawa? Walau tidak pulang kekampung anda masih lagi boleh beraya. Tetapi fikrikanlah sekejap pada frontliners,abang polis dan askar diroadblock. Dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakah anda merasa bersalah pada mereka? Dan tidakah anda merasa anda akan membebankan diri anda juga Malaysia lagi? Sudah lebih 2 bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara negara luar pada Malaysia sangat membanggakan. Dan adakah kita sendiri akan rosakan prestasi kita selama ini? Renungkanlah… #stayathome @mstaronlineofficial

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena wabak COVID-19.”

Tambah Zizan, beliau seakan menyeru orang ramai untuk memikirkan nasib petugas-petugas barisan hadapan yang berhempas pulas mengendalikan kes ini malah sanggup berkorban demi keselamatan rakyat.

Katanya lagi, andai tidak pulang ke kampung sekalipun, individu terbabit masih boleh menyambut perayaan itu tanpa menyusahkan orang lain.

zizan razak

“Tidakkah anda merasa bersalah pada mereka? Dan tidakkah anda akan membebakan diri anda lagi?”

Zizan bagaimanapun amat berharap seluruh rakyat Malaysia memberi kerjasama bagi mengekalkan penurunan wabak berkenan.

Tambahnya, negara kini juga lebih dua bulan bertahan dan menunjukkan penurunan kes yang sangat memberangsangkan. Malah bangga apabila negara sering kali diberi pujian berkenaan penurunan kes berkenaan.

“Dan adakah kita sendiri akan rosakkan prestasi kita selama ini? Renungkanlah.”


2 responses to “Zizan Razak Kesal Tindakan Rakyat Pulang Ke Kampung Sambut Aidilfitri”

  1. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    terus kan PKP

  2. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    nape laaaa dorang tknk dengar arahan kerajaan ni semua nak balek kampong tak pernah balek kampong ke ???? nape degil sangat padahal dh tua2 semua tapi degil nak mampos….minah jambu harap PKP ni harus di lanjutkn lagi pasal banyak yg maseh lagi berdegil tk dengar arahan kerajaan..

Leave a Reply to minah jambu say STAY AT HOME !! Cancel reply

Loading...