August 19th, 2015

Hubungan cinta Zizan Razak dan Emma Maembong sudah lama berakhir tetapi kontroversi dan gosip mengenai mereka masih lagi panas sehingga ke hari ini dan seakan tidak ada kesudahannya.

Baru-baru ini, Emma menerusi akaun Twitter beliau ada menyatakan bahawa Zizan tidak berpuas hati dengan beliau dan sengaja memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan mereka selain menjaja cerita negatif mengenai aktres tersebut.

Terbaru, Zizan menerusi portal Berita Harian berkata beliau tidak mahu mengambil peduli serta memeningkan kepalanya untuk memanjangkan perkara tersebut. Buat Zizan, jika Emma ingin berbicara dengan beliau dan meluahkan rasa tidak puas hati aktres itu boleh sahaja bercakap secara langsung dengannya.

Melihat kepada kebahagiaan Emma kini bersama Kamal Adli , Zizan memberitahu beliau sangat bahagia buat mereka berdua.

Kalau dia tak puas hati, kenapa tak cakap dengan saya? Dia boleh hubungi saya dan kenapa perlu bawa hal itu ke pengetahuan umum dan media. Saya kalau boleh tak mahu kecoh-kecoh mengenai hal berbangkit. Umur saya pun sudah 31 tahun dan tak mahu jadi macam kanak kanak bertikam lidah itu ini.

Cuma apa yang dia buat itu mengaibkan nama keluarga saya. Dia perlu fikir dahulu sebelum cakap. Saya ada mak ayah, jadi jangan tahu cakap sahaja. Sama ada saya playboy atau tak, ia tak ada kena mengena dengannya lagi. Dia pun sudah bahagia dengan cinta baharu. Demi Tuhan, saya bahagia dengan apa dikecapinya. Saya mahu ketepikan isu ini. Saya sudah maafkan dia dan kepada sesiapa yang pernah terasa dengan diri saya.

Bukan kah Emma Maembong pernah beritahu bahawa beliau ada mengajak Zizan Razak untuk bertemu tetapi pelawak tersebut menolak dan menghilangkan diri? Tentu sekali Emma meluahkan perkara itu kepada umum kerana tidak dapat menghubungi Zizan. Apa-apa pun, harapnya isu ini tidak berpanjangan lagi, lama-lama peminat pun akan bosan.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...